Thursday, June 04, 2009

Buku Hari Ini



Buku “50 Kata-Kata Tokoh Berpengaruh dan Cerita Di Sebaliknya” merupakan buku pertama yang saya miliki selepas pembelian buku-buku di Pesta Buku Antarabangsa 2009 pada bulan April yang lepas. Buku ini memuatkan perincian secara berhikmah sebanyak 50 kata-kata tokoh yang terlakar dalam sejarah dan tamadun Islam.

Mungkin ada kebenarannya di sebalik kata-kata yang diungkapkan oleh penulis, saudara Mohd Dzulkhairi Mohd Noor: "Orang yang berminat dengan sejarah akan teruja membaca karya ini, malah orang yang tidak berminat dengan sejarah turut akan meminati sejarah selepas daripada ini".

Seperti biasa, fokus utama pembacaan saya akan teralih pada perkara-perkara yang berhubungkait dengan tokoh sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang menjadi inspirasi saya. Dialah Saidina Umar Al-Faruq RA, pemimpin luar biasa yang memiliki semangat juang yang tinggi serta gaya pemikiran yang sukar dijangka. Setiap patah kata-kata yang terluncur dari jiwanya mengandungi hikmah yang sangat terkesan di hati beserta dengan laras bahasa yang begitu mengkagumkan. Gambaran perwatakan dan sifat fizikal Umar juga ada disebutkan dalam buku ini.

Semoga kata-kata yang pernah dilafazkan oleh tokoh-tokoh berpengaruh tersebut berjaya mengobarkan semangat golongan syabab (pemuda) di zaman ini.

1 comment:

  1. Zatil, teruskan menyemai rasa cinta pada ilmu, walau setinggi mana semangat juang dan cintakan Agama kita, asas pertamanya mestilah berlaku gandingan mantap di antara Iman dan ilmu, terutama ilmu Agama,ada masa Usztzh cadangkan baca kitab Tafsir yang telah dikarang oleh Ulama' kita... moga maju dan terus maju demi untuk Islam yang kita cintai dan dokongi!.

    ReplyDelete