Showing posts with label Negeri. Show all posts
Showing posts with label Negeri. Show all posts

Friday, February 19, 2010

Kelantan Dari Kacamata Habiburrahman El Shirazy


Saya tertarik apabila membaca pandangan penulis novel islamik, Habiburrahman El Shirazy tentang negeri Kelantan. Pandangan pertama yang diberikan adalah mengenai Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Karisma Seorang Pemimpin

Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya rakyat Kelantan pada Tuan Guru mereka, kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, iaitu, "Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati ramai orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu."

Ternyata, Tuan Guru merupakan seorang yang bersikap profesional apabila meraikan setiap tetamu yang berkunjung ke Kelantan. Tidak kira walau sesiapa atas tujuan apa sekalipun.

Tuan Guru juga bersikap sederhana dalam menjalani hidup seharian. Lihat sahaja kediaman dan pejabat beliau. Segala kemudahan hanya digunakan untuk menyempurnakan urusan negara sahaja.


Rakyat Yang Menghargai Bangsa Indonesia

Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar.

Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara.Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh.

Komen tersebut dikemukakan setelah beliau diajukan persoalan mengenai kisah Manohara. Namun, majoriti rakyat Kelantan tidak mengetahui tentang kisah tersebut.


Suasana Di Bandar Kota Bharu

Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam.

Festival ini telah membuktikan keinginan rakyat Malaysia yang tinggi terahdap filem-filem islamik. Sememangnya diakui bahawa kreativiti pembuatan filem islamik di Malaysia agak ketinggalan jika dibandingkan dengan Indonesia. Hanya filem "Syukur 21" yang dijadikan sebagai contoh untuk filem yang berunsurkan ajaran Islam.

Wednesday, July 15, 2009

Mesej Rakyat Buat PAS

Jika ada yang bertanya kepada saya, "Apa yang menariknya tentang negeri Kelantan?"

Maka saya akan menjawab, "Sudah tentu pada manusianya."

Apa yang istimewanya pada rakyat Kelantan?

Pada cara mereka memilih pemimpin...

Ramai yang tertanya-tanya tentang faktor kemenangan tipis calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah (5348 undi) dengan majoriti sebanyak 65 undi. Adakah kemerosotan undi disebabkan oleh isu-isu negatif tentang Pakatan Rakyat yang sering timbul dalam dua, tiga bulan ini? Mungkin juga kerana pimpinan PAS kurang berinteraksi dengan penduduk Manek Urai. Ataupun terletak pada keberkesanan kempen yang dijalankan oleh Barisan Nasional. Besar kejutan saya melihat kepada kesungguhan jentera Barisan Nasional dalam memenangi hati rakyat Kelantan.

Tidak hairanlah kemenangan Pakatan Rakyat ini dilihat sebagai satu keputusan yang memuaskan hati pimpinan Barisan Nasional.

Sebagaimana kata seorang sahabat saya, "Menerima kemenangan dengan naluri kekalahan... Muhasabahlah".















Tuesday, May 12, 2009

Kemenangan DS Nizar Bangkitkan Semangat Rakyat






Sokongan rakyat terhadap isu Menteri Besar Perak yang sah jelas kelihatan dalam ceramah rakyat anjuran Pakatan Rakyat malam semalam. Saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta berkongsi berita gembira kemenangan YB Nizar, tokoh yang saya kagumi. Dengan bertemankan anak-anak usrah, saya memerhatikan satu persatu reaksi para pemimpin serta penyokong yang hadir ke situ.

Sememangnya saya sentiasa mengikuti perkembangan politik negeri Perak semenjak peralihan kuasa dari kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Rakyat Perak beruntung kerana dipimpin oleh mereka yang berkelayakan. Ada di kalangan mereka yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat gilakan kuasa, bukannya mahu berkhidmat untuk rakyat.

"Menjaga kebajikan rakyat tanpa memegang sebarang kuasa".

Bukankah itu suatu ungkapan yang ideal.

Saya mengambil berat tentang negeri Perak setelah mengetahui apa yang telah dan sedang berlaku ke atas rakyat Perak. Melihat dari sudut ruangan dakwah, kita memang mempunyai peluang yang cukup cerah di sana. Namun, semuanya dicemari dengan sikap sombong.

Bukankah kegagalan itu ditunjukkan untuk menghancurkan keangkuhan?

Berfikirlah duhai pemimpin negara...



Semakin bersemangat selepas menjenguk ke Facebook Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin:

SYUKUR ALHAMDULILAH
Today at 7:14am

Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rayat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh Rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon kempunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zinah , mabuk , tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kepada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.

Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.

Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serious beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyurkan usaha memilih ketua JKKK. RM cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.
Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.

HIDUP RAKYAT.
ALLAHU AKBAR

Friday, March 27, 2009

Foundation Of Revolutionary In Perak







Sudah lama saya tidak menulis tentang perkembangan politik di negeri Perak. Kali ini saya menulis tentang Perak kerana dasar perubahan structural secara spontan dan mengejut yang sedang berlaku pada kerajaannya.

Pemilihan (YAB) Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calon MP Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil di Perak pada 7 April, saya kira sebagai satu keputusan yang tepat. Malahan, keyakinan saya semakin bertambah dengan keupayaan beliau untuk menyandang jawatan sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA suatu waktu nanti. Mungkinkah inilah calon "In Waiting Prime Minister" yang ditunggu-tunggukan oleh rakyat Malaysia selama ini. Beliau hadir dengan pakej pemimpin yang lengkap, seorang yang amanah, intelektual , spiritual yang tinggi, berprinsip, berintegriti, pegangan agama yang kuat, bijak, cerdik, merendah diri, berwawasan, tangkas membaca suasana semasa serta prihatin dengan masalah rakyat dan negara. Beliau juga disenangi semua kaum di Malaysia.

Ketokohan dan kewibawaan Nizar sebagai pemimpin telah terbukti dengan kebijaksanaan yang berhemah dalam membuat keputusan dan tindakan demi rakyat Perak. Sebagai nakhoda kepada kerajaan negeri Perak, beliau telah mengemudi negeri tersebut dengan begitu 'bergaya' sekali.


Menilik Sejarah Revolusi Iran

Revolusi Iran adalah sebuah revolusi yang mengubah kerajaan Iran daripada sistem pemerintahan monarki kepada sistem Republik Islam. Pertukaran ini dibuat melalui pungutan suara rakyat Iran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, setelah beliau berjaya mengusir raja Iran terakhir, Shah Mohammad Reza Pahlavi keluar dari Iran.

Revolusi ini adalah sebuah gerakan yang unik kerana kejayaannya mengejutkan seluruh dunia. Sebab ia sesuatu yang unik kerana ia bukanlah berpunca daripada kekalahan dalam peperangan, krisis kewangan ataupun pemberontakan golongan bawahan mahupun tindakan ketenteraan, sebagaimana revolusi-revolusi lain dalam sejarah bertulis manusia.

Revolusi Iran berlaku dengan pantasnya dan berjaya menjatuhkan sebuah rejim yang dilengkapi dengan kuasa tentera yang kuat dan hebat, dan rejim ini digantikan dengan sistem pemerintahan teokrasi yang diundi berdasarkan tahap kemuliaan seseorang itu.

Revolusi ini terjadi kepada dua peringkat. Peringkat pertama bermula pada pertengahan 1977 hingga tahun 1979 yang dipimpin oleh pihak liberal, golongan haluan kiri dan kumpulan agama. Kesemua mereka memberontak menentang Shah Iran. Peringkat kedua yang turut dikenali sebagai Revolusi Islam menyaksikan naiknya Ayatollah menjadi pemimpin revolusi.

Antara punca tercetusnya revolusi:

1)Layanan mewah kerajaan kepada rakyat asing sedangkan ramai rakyat tempatan hidup melarat, kadar inflasi yang melonjak tinggi diikuti dengan jurang antara kaya dan miskin yang semakin besar.

2)Sikap boros kerajaan Shah Iran ketika sambutan meraikan pengasasan negara Parsi.

3) Tahap inflasi melonjak naik dan jurang antara yang kaya dan miskin dan juga antara penduduk bandar dan luar bandar semakin besar.

4)Pindaan terhadap kalendar Iran daripada kalender Hijrah kepada kalendar solar Iran yang pernah digunakan ketika zaman Cyrus Agung.



Fakta Kawasan Pengundian
Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang.

Friday, March 20, 2009

Genius Dari Teratak Maahad Muhammadi






Jangan sesekali memandang rendah terhadap keupayaan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan dalam menghasilkan modul insan yang berjaya menempa kecemerlangan dalam akademik. Ini kerana, sudah dua kali berturut-turut pelajar dari sekolah tersebut mengungguli rekod sebagai Pelajar Terbaik Malaysia melalui keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jika Siti Nur Fatimah Mukhtar mengejutkan banyak pihak dengan pencapaian 17 A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun yang lalu, kali ini tiba giliran Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal pula mencipta rekod baru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2.

Nik Nur Madihah, 18, anak nelayan dari Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan mendapat 20 A (19 A1, I A2) dalam SPM tahun lepas.

Lebih membanggakan lagi, beliau datang dari keluarga yang serba susah. Bapanya merupakan seorang nelayan sementara ibunya seorang tukang cuci.

Kejayaan adik Nik Nur Madihah membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya kita ada kesungguhan.

Semoga berjaya mengejar cita-citamu untuk meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik.


"Tiada Yang Mustahil Dengan Izin Allah S.W.T"



Wednesday, December 03, 2008

Menghidupkan Roh Di Negeri Beragama












"Ya Allah Ya Tuhan kami,
Jadikanlah Negeri Kami,
Negeri Beragama Dan
Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan"

Alhamdulillah, negeri Kelantan Darul Naim yang selama ini terkenal sebagai Negeri Serambi Mekah telah berjaya mempelopori semangat Hijratur Rasul yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu.


Kelantan sedang meneruskan semangat hijrah tersebut dengan meninggalkan riba, meninggalkan amalan mendedah aurat, meninggalkan sikap tidak mengambil cakno terhadap fakir miskin, meninggalkan hiburan-hiburan yang membawa kepada dosa dan maksiat dan meninggalkan fahaman dan semangat sekular yang mengasingkan agama daripada politik, yang dipaksikan dengan prinsip ‘ubudiyyah, mas’uliyyah dan itqan.


Sesungguhnya kejayaan yang paling besar dalam hijrah ialah kejayaan membentuk kerajaan yang dapat mentadbir negara berpandukan ajaran Islam yang bertujuan untuk membawa kemaslahatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Inilah juga kejayaan paling besar di Kelantan. Kita berjaya membentuk kerajaan yang mengawal Islam daripada gangguan-gangguan syirik, maksiat dan kefasikan. Dan menyuburkannya dengan mengadakan bermacam-macam program yang kesemuanya berjumlah kira-kira seratus jenis pembaharuan.


Kelantan Darul Naim walaupun memiliki kelengkapan yang agak kurang, tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui sejak awal-awal lagi bahawa kita sedang berpegang pada seutas tali yang di hujung sana dipegang sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W yang ditauliahkan dengan anugerah.


Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!

Wednesday, September 10, 2008

Meninjau ke Negeri Kedah

"Seperti di Kelantan yang dikuasai PAS, kini tiada lagi persembahan penyanyi perempuan dibenarkan di Kedah, kata exco kerajaan negeri Dr Ismail Salleh hari ini."
- Malaysiakini

Saya menyokong langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk melaksanakan larangan persembahan secara terbuka yang melibatkan penyanyi wanita. Usaha terbaik dalam mendidik rakyat Kedah mengenai tatacara hiburan menurut Islam.
Saya juga bersetuju seandainya Kedah meneladani Kelantan dalam pentadbiran mereka.
Teruskan usaha!
Saya optimis...

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI KEDAH