Friday, February 19, 2010

Kelantan Dari Kacamata Habiburrahman El Shirazy


Saya tertarik apabila membaca pandangan penulis novel islamik, Habiburrahman El Shirazy tentang negeri Kelantan. Pandangan pertama yang diberikan adalah mengenai Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Karisma Seorang Pemimpin

Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya rakyat Kelantan pada Tuan Guru mereka, kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, iaitu, "Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati ramai orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu."

Ternyata, Tuan Guru merupakan seorang yang bersikap profesional apabila meraikan setiap tetamu yang berkunjung ke Kelantan. Tidak kira walau sesiapa atas tujuan apa sekalipun.

Tuan Guru juga bersikap sederhana dalam menjalani hidup seharian. Lihat sahaja kediaman dan pejabat beliau. Segala kemudahan hanya digunakan untuk menyempurnakan urusan negara sahaja.


Rakyat Yang Menghargai Bangsa Indonesia

Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar.

Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara.Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh.

Komen tersebut dikemukakan setelah beliau diajukan persoalan mengenai kisah Manohara. Namun, majoriti rakyat Kelantan tidak mengetahui tentang kisah tersebut.


Suasana Di Bandar Kota Bharu

Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam.

Festival ini telah membuktikan keinginan rakyat Malaysia yang tinggi terahdap filem-filem islamik. Sememangnya diakui bahawa kreativiti pembuatan filem islamik di Malaysia agak ketinggalan jika dibandingkan dengan Indonesia. Hanya filem "Syukur 21" yang dijadikan sebagai contoh untuk filem yang berunsurkan ajaran Islam.

4 comments:

  1. zatil...
    tersentuh akak baca n3 nih...
    betull.. tuan guru mmg berjiwa rakyat..
    berdoalah ada pengganti sepertinya setelah dia dijemputNya kelak...
    akak pun rasa takut kehilangannya.. wpun akak bukan dari bumi kelantan, namun wpun beberapa tahun akak di sana akak masih terasakan dan rindukan kedamaian bumi pemerintahan tuan guru..

    ReplyDelete
  2. itulah, susah nak cari orang yg macam Tuk Guru. Gunakanlah kesempatan utk belajar dgn beliau, masa dia ada lagi ni.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, moga Tok guru sentiasa diberikan kekuatan untuk memimpin bumi Kelantan dan secara tidak langsung membimbing generasi muda untuk kembali menghayati Islam. Namun, jejak2 yang sedang dilakukan Tok guru mesti diteruskan oleh generasi kita tanpa rasa bimbang akan kehilangannya. InsyaALLAH, pasti akan lahir bukan seorang Tok guru malahan puluhan tok2 guru meskipun mungkin tidak sehebat Tok guru Nik Abdul Aziz.

    ReplyDelete
  4. ALLAHUMMA AMEEN...
    itulah yg sedang kita usahakan sekarang ni, generasi pelapis golongan ulama' muda.
    mudah-mudahan ada kesinambungannya

    ReplyDelete