Showing posts with label Bicara Politik. Show all posts
Showing posts with label Bicara Politik. Show all posts

Saturday, August 15, 2009

Satu Ucapan Tidak mampu Selesai Semua Masalah




Khusyuk saya mendengar penerangan dari Assoc. Prof. Dr. Istiaq Hossain (Department of Political Science) dan Prof. Dr. Muhammad Arif Muhammad Zakaullah (Management Centre, Kulliyyah of Economics and Management Science) tentang polisi-polisi dalam pentadbiran Barrack Obama ketika menghadiri forum "Obama: Foreign Policies and Muslim Nations" pada 14 Ogos 2009. Kedua-duanya merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Kebetulan, sebelum saya menghadiri forum tersebut, saya ada membaca teks pidato serta isu-isu yang dibawa oleh Obama ketika lawatan beliau ke Universiti Kaherah, Mesir di dalam Majalah I (Politik Obama Mendekati Islam) baru-baru ini. Assoc. Prof. Dr. Istiaq Hossain banyak mengupas tentangnya.

Beliau menegaskan bahawa ucapan Obama tidak boleh disandarkan sebagai satu bentuk harapan memandangkan posisi ucapannya berada jauh daripada tindakan yang bakal diambil. Masih terlalu awal untuk menilai perlaksanaan polisi Obama.



7 Isu (Mungkin Retorik) Yang ditekankan dalam pidato Obama di Mesir:

Isu pertama yang perlu kita hadapi adalah keganasan dalam apa jua bentuk sekalipun.

Di Ankara, saya telah menjelaskan bahawa Amerika tidak—dan tidak akan—memusuhi Islam. Sebaliknya, kami akan menentang secara berterusan puak-puak pelampau yang mengancam keselamatan kami. Ini kerana kami menolak sesuatu yang juga ditolak oleh para penganut setiap agama lain: Pembunuhan lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Dan tanggungjawab utama saya sebagai Presiden adalah melindungi rakyat Amerika.

Keadaan di Afghanistan mempamerkan matlamat Amerika, dan keperluan kita untuk bekerjasama. Lebih tujuh tahun dahulu, Amerika Syarikat telah memburu al-Qaeda dan Taliban dengan sokongan yang meluas daripada masyarakat antarabangsa. Pemergian kita ke sana bukan atas pilihan sendiri; keadaan telah memaksa kita pergi. Saya sedar masih ada yang mempersoalkan peristiwa September 11.

Tetapi saya ingin menyatakan di sini bahawa: al-Qaeda telah membunuh hampir 3,000 orang pada hari tersebut. Mangsa yang terlibat termasuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang tidak berdosa dari Amerika dan juga dari negara-negara lain yang tidak mengancam sesiapapun. Sebaliknya, al-Qaeda memilih jalan untuk membunuh mereka dengan kejam, membuat pengakuan atas serangan tersebut, dan kini masih bertekad untuk membunuh lagi secara besar-besaran. Mereka mempunyai kuncu-kuncu di banyak negara dan cuba meluaskan lagi pengaruh mereka. Ini bukanlah pendapat untuk diperbahaskan; ini adalah kenyataan yang perlu ditangani.

Jangan salah anggap, Kami tidak mahu mengekalkan penempatan anggota tentera kami di Afghanistan. Kami tidak mahu membina pangkalan tentera di sana. Adalah amat sukar bagi Amerika untuk kehilangan anak-anak muda kami. Kos yang ditanggung adalah tinggi dan dari segi politik, konflik ini sukar dibiarkan berterusan. Kami dengan rela hati akan membawa pulang setiap anggota tentera kami seandainya kami yakin bahawa puak pelampau tiada lagi berada di Afghanistan and kini pula di Pakistan yang bertekad mahu membunuh seberapa ramai rakyat Amerika yang mungkin. Namun, keadaan ini belum lagi menjadi kenyataan. Sebab itulah kami bersekutu dengan gabungan 46 buah negara. Walaupun kosnya tinggi, namun komitmen Amerika tidak akan goyah. Malah, mana-mana pihakpun tidak harus bersikap toleransi terhadap puak-puak pelampau ini. Mereka telah membunuh di banyak negara. Mereka telah membunuh para penganut daripada pelbagai agama—lebih-lebih lagi, mereka telah membunuh umat Islam. Tindakan mereka ini bercanggah dengan hak kemanusiaan, bercanggah dengan kemajuan negara-negara, dan bercanggah dengan Islam.

Kitab suci Al-Quran menyatakan bahawa barang siapa yang membunuh orang yang tidak berdosa, maka ini sama seperti dia telah membunuh seluruh umat manusia. Seterusnya, kitab suci Al-Quran juga menyatakan bahawa barang siapa yang menyelamatkan nyawa seseorang, maka ini sama seperti dia telah menyelamatkan seluruh umat manusia. Agama mulia yang mempunyai lebih satu billion umatnya ini adalah lebih besar daripada segelintir yang menaruh perasaan benci. Islam bukanlah sebahagian masalah dalam usaha memerangi keganasan—ia memainkan peranan penting dalam mempromosikan kedamaian.

Kita sedar bahawa kuasa ketenteraan sahaja tidak akan dapat menyelesaikan masalah di Afghanistan and Pakistan. Sebab itulah kami merancang untuk melabur lebih AS$1.5 bilion setiap tahun selama lima tahun akan datang dalam usaha pakatan bersama dengan rakyat Pakistan untuk membina sekolah dan hospital, jalanraya dan perniagaan, serta ratusan juta dolar lagi untuk membantu mereka yang kehilangan rumah. Oleh sebab itulah kami memberi lebih daripada AS$2.8 bilion untuk membantu rakyat Afghanistan membangunkan ekonomi mereka serta menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukannya.

Saya akan menyentuh juga tentang isu Iraq. Berbeza dengan Afghanistan, Iraq merupakan peperangan pilihan yang telah menimbulkan pelbagai pendapat yang berbeza di negara saya dan juga di seluruh dunia. Walaupun saya percaya bahawa nasib rakyat Iraq adalah lebih cerah dengan pemergian Saddam Hussein, saya juga percaya bahawa peristiwa di Iraq telah mengingatkan Amerika supaya menggunakan diplomasi dan persepakatan antarabangsa sebaik mungkin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang kita hadapi.

Malah, kita harus mengingati kata-kata Thomas Jefferson: ―Saya harap kebijaksanaan kita akan meningkat sejajar dengan kuasa kita, dan mengajar kita bahawa penggunaan kuasa secara berpada-pada adalah lebih berkesan daripada penggunaan kuasa secara berlebihan.

Pada hari ini, Amerika memikul dua tanggungjawab: Membantu Iraq membina masa depan yang lebih cerah—dan menyerahkan kembali Iraq kepada rakyat Iraq. Saya telah menyatakan kepada rakyat Iraq bahawa kami tidak ingin membina sebarang pangkalan di situ, dan tidak akan membuat sebarang tuntutan ke atas wilayah mereka ataupun sumber negara mereka. Kedaulatan Iraq adalah milik rakyat Iraq. Oleh sebab itulah saya telah mengarah supaya askar kami meninggalan Iraq menjelang bulan Ogos depan. Sebab itu juga kami akan menghormati perjanjian kami dengan kerajaan Iraq yang dipilih secara demokrasi untuk mengeluarkan tentera kami dari bandaraya-bandaraya Iraq menjelang bulan Julai, dan mengeluarkan kesemua anggota tentera kami menjelang tahun 2012. Kami akan membantu Iraq melatih pasukan keselamatan mereka dan membangunkan ekonominya. Kami akan menyokong Iraq supaya selamat dan bersatu padu sebagai rakan kongsi, dan tidak sama sekali sebagai penaung.

Akhir sekali, sebagaimana Amerika tidak akan bersikap toleransi terhadap keganasan oleh puak pelampau, kita tidak harus berganjak atau melupakan prinsip-prinsip kita. 11 September merupakan suatu trauma yang hebat bagi negara kami. Ketakutan dan kemarahan yang timbul memang difahami, tetapi dalam beberapa keadaan, ia juga telah menyebabkan kami membuat tindakan yang bercanggah dengan tradisi dan idealisme kami. Kami kini sedang mengambil langkah-langkah konkrit untuk mengubah haluan ini. Saya telah mengharamkan cara seksaan oleh kerajaan Amerika Syarikat, dan saya telah mengarahkan penutupan penjara di Teluk Guantanamo menjelang awal tahun depan.

Amerika akan mempertahankan diri, menghormati kedaulatan negaranya, dan kedaulatan undang-undang dan kami akan melakukan ini melalui kerjasama dengan masyarakat-masyarakat Islam yang juga turut diancam. Lebih cepat puak-puak pelampau ini disisihkan dan dipulaukan oleh masyarakat Islam, lebih cepat kita akan bebas daripada ancaman.


Sumber ketegangan kedua yang perlu kita bincangkan adalah keadaan yang wujud antara Israel, Palestin, dan dunia Arab.

Hubungan erat Amerika dengan Israel memang diketahui umum. Hubungan ini tidak boleh diputuskan. Ia berasaskan perhubungan budaya dan sejarah, serta pengiktirafan terhadap aspirasi kaum Yahudi untuk memiliki tanahair mereka sendiri susulan sejarah tragis yang tidak boleh dinafikan. Di seluruh dunia, kaum Yahudi telah dianiaya selama berabad-abad, dan sikap anti Yahudi di Eropah telah berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai kaum tersebut. Keesokan hari, saya akan berangkat ke Buchenwald yang merupakan sebahagian daripada rangkaian kem-kem di mana kaum Yahudi telah dikurung, diseksa, ditembak, dan digas sehingga mati oleh Reich Ke-tiga. Enam juta orang Yahudi telah dibunuh—bilangan ini mewakili lebih daripada seluruh penduduk Yahudi yang ada pada hari ini. Penafian terhadap kenyataan ini amat tidak berasas, amat jahil, dan sangat terkutuk. Mengancam Israel dengan kemusnahan—atau mengulangi stereotaip tentang Yahudi—adalah salah, dan hanya akan mengingatkan semula kenangan pahit di kalangan rakyat Israel, serta menghalang hak masyarakat di rantau tersebut untuk mengecapi kedamaian.

Sebaliknya, tidak boleh dinafikan bahawa masyarakat Palestin juga—samada Muslim dan Kristian—telah menderita dalam perjuangan mereka untuk memiliki tanahair sendiri. Lebih enam puluh tahun mereka telah menderita akibat kehilangan kampung halaman. Ramai yang menunggu di kem-kem pelarian di Tebing Barat, Gaza, dan negara-negara jiran untuk memulakan kehidupan yang aman dan selamat yang selama ini tidak pernah mereka kecapi. Mereka menghadapi penghinaan setiap hari—besar dan kecil—yang berlaku akibat dijajah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, keadaan rakyat Palestin amat perit. Amerika tidak akan membelakangkan aspirasi sah rakyat Palestin terhadap maruah, peluang, dan tanahair mereka. Selama berdekad-dekad, tiada siapa yang menang atau kalah: Kedua-dua belah pihak mempunyai aspirasi yang sah, kedua-dua belah pihak juga melalui sejarah pedih yang membuatkan kompromi sukar dicapai. Memang mudah untuk menuding jari—bagi pihak Palestin untuk menyatakan punca kehilangan kampung halaman adalah akibat penubuhan Israel, dan bagi Israel untuk menyatakan permusuhan dan serangan sering dilakukan di dalam dan di luar sempadan wilayah sepanjang sejarahnya.

Jika kita melihat konflik ini hanya dari sudut satu pihak atau pihak yang lain, maka kita tidak akan dapat melihat apa yang nyata: Satu-satunya penyelesaian adalah dengan memenuhi aspirasi kedua-dua belah pihak menerusi dua buah negara, di mana rakyat Israel dan rakyat Palestin hidup secara berasingan dengan aman dan selamat. Ini demi kepentingan Israel, kepentingan Palestin, kepentingan Amerika, dan kepentingan seluruh dunia. Oleh sebab itulah saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat ini. Segala kewajipan—segala kewajipan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dalam perjanjian damai adalah jelas.

Bagi mencapai kedamaian, sudah tiba masanya untuk mereka—dan untuk kita semua—supaya melaksanakan tanggungjawab kita. Pihak Palestin mesti menghentikan keganasan. Tentangan menerusi keganasan dan pembunuhuan adalah salah dan tidak akan membawa kejayaan. Selama berabad-abad, masyarakat kulit hitam Amerika mengalami penderitaan diperhambakan dan dihina oleh sistem pemisahan. Namun, bukan keganasan yang telah berjaya mengembalikan sepenuh hak-hak kesaksamaan kepada mereka. Ia dilakukan menerusi ketegasan dan keazaman untuk mencapai idealisme yang merupakan asas penubuhan Amerika. Kisah yang serupa juga diceritakan oleh masyarakat lain, baik dari Afrika Selatan hinggalah ke Asia Selatan; dari Eropah Timur ke Indonesia. Ia merupakan kisah yang mengandungi suatu kebenaran yang mudah: Iaitu, keganasan akan menemui kebuntuan. Ia bukannya tanda berani atau kuasa untuk melancarkan roket ke arah kanak-kanak yang sedang tidur, atau meletupkan wanita-wanita tua di dalam bas. Itu bukannya tuntutan moral; itu adalah kemusnahan moral.

Kini sudah tiba masanya bagi rakyat Palestin untuk menumpukan perhatian kepada apa yang mereka boleh bina. Pihak Berkuasa Palestin mesti membangunkan keupayaan untuk mentadbir, serta membina institusi-institusi yang dapat memenuhi keperluan rakyatnya. Hamas memang mempunyai sokongan daripada sesetengah kalangan rakyat Palestin, tetapi mereka juga patut sedar akan tanggungjawab mereka. Bagi memainkan peranan untuk memenuhi aspirasi rakyat Palestin, bagi menyatu-padukan rakyat Palestin, Hamas mesti menghentikan keganasan, mengiktirafkan perjanjian-perjanjian lepas, dan mengiktiraf hak Israel untuk wujud. Pada masa yang sama, Israel mesti menerima hakikat bahawa sebagaimana Israel berhak untuk wujud, begitu juga Palestin mempunyai hak untuk wujud.

Amerika tidak menerima kesahihan penempatan-penempatan Israel yang terus dilakukan secara berterusan. Pembinaan ini mencabuli perjanjian-perjanjian yang lalu dan menjejaskan usaha damai. Sudah tiba masanya untuk menghentikan pembinaan penempatan ini. Israel juga mesti melaksanakan tanggungjawabnya bagi menentukan supaya rakyat Palestin dapat hidup dan bekerja serta membangunkan masyarakat mereka. Krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza bukan sahaja menghancurkan keluarga rakyat Palestin, malah menjejaskan juga keselamatan Israel. Begitu juga dengan ketiadaan peluang di Tebing Barat. Kemajuan dalam kehidupan harian rakyat Palestin mesti menjadi sebahagian isu penting dalam usaha damai, dan Israel mesti mengambil langkah-langkah konkrit untuk membenarkan kemajuan tersebut.

Akhir sekali, negara-negara Arab mesti mengiktiraf Inisiatif Damai Arab sebagai suatu titik permulaan yang penting. Namun, tanggungjawab mereka tidak berakhir di situ sahaja. Konflik Arab-Israel tidak boleh lagi digunakan sebagai alasan untuk mengalih perhatian masyarakat negara-negara Arab daripada permasalahan lain. Sebaliknya, ia harus dijadikan punca tindakan bagi membantu rakyat Palestin membangunkan institusi-institusi yang dapat menampung pembangunan negara mereka; untuk mengiktiraf kesahihan negara Israel; dan untuk memilih kemajuan berbanding tumpuan kepada peristiwa-peristiwa lepas yang hanya akan merugikan diri sendiri.

Amerika akan menyelaraskan dasar-dasarnya dengan dasar-dasar mereka yang inginkan kedamaian, dan kita akan menyatakan secara terbuka apa yang dinyatakan secara tertutup, baik kepada pihak Israel, pihak Palestin, mahupun pihak negara-negara Arab. Kami tidak boleh memaksa kedamaian. Tetapi secara senyap, ramai di kalangan umat Islam mengakui bahawa Israel tidak akan lenyap dengan begitu sahaja. Malah, ramai juga di kalangan rakyat Israel sendiri yang mengakui tentang perlunya mewujudkan negara Palestin. Oleh itu, sudah sampai masanya untuk kita bertindak atas apa yang setiap orang tahu sebagai kenyataan. Sudah terlalu banyak air mata yang mengalir. Sudah terlalu banyak pertumpahan darah.

Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk berusaha merealisasikan suatu hari nanti apabila para ibu daripada kedua-dua masyarakat Israel dan Palestin dapat melihat anak-anak mereka membesar tanpa perasaan takut; apabila Tanah Suci bagi ketiga-tiga agama utama ini menjadi tempat yang aman damai sebagaimana yang dikehendaki oleh ALLAH; apabila Baitulmaqdis menjadi tempat tinggal yang selamat dan berkekalan bagi orang Yahudi, Kristian dan umat Islam, iaitu suatu tempat di mana keturunan Nabi Ibrahim dapat bergaul secara aman seperti yang diceritakan dalam riwayat Isra’ …seperti yang diceritakan dalam riwayat Isra’ di mana Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan Nabi Muhammad s.a.w. telah sama-sama menjalankan ibadah solat.


Punca ketegangan yang ketiga adalah kepentingan bersama terhadap hak dan tanggungjawab negara-negara berkenaan senjata nuklear.

Isu ini merupakan punca ketegangan antara Amerika Syarikat dan Republik Islam Iran. Selama beberapa tahun, Iran telah mempamerkan pendirian menentang negara saya, dan memang benar wujudnya sejarah hubungan yang agak bergelora antara kedua-dua negara. Semasa Perang Dingin, Amerika Syarikat telah memainkan peranan dalam penyingkiran sebuah kerajaan Iran yang dipilih secara demokrasi.

Sejak Revolusi Islam, Iran telah memainkan peranan dalam pengambilan tawanan-tawanan tebusan dan tindakan ganas terhadap tentera dan orang awam A.S. Sejarah ini diketahui umum. Daripada terperangkap dalam sejarah silam, saya telah menyatakan kepada para pemimpin dan rakyat Iran bahawa negara saya bersedia untuk membuka lembaran baru. Persoalannya sekarang adalah bukan apa yang dibantah oleh Iran, tetapi jenis masa depan apa yang ingin dibina oleh Iran.

Saya sedar memang sukar untuk mengatasi perasaan curiga yang sudah berlanjutan berdekad-dekad lamanya tetapi kita tetap akan mara dengan tabah, cekal dan penuh azam. Ada pelbagai isu yang perlu dibincangkan oleh kedua-dua negara dan kami bersedia meneruskan usaha tanpa sebarang pra-syarat dengan berdasarkan sifat saling hormat-menghormati. Namun, setiap pihak sudahpun sedia maklum bahawa berkenaan senjata nukler pula, kami telah sampai ke tahap penentu. Ini bukan sekadar kepentingan Amerika sahaja. Isu ini adalah berkaitan persaingan penggunaan senjata nuklear di Timur Tengah yang boleh membawa kepada haluan yang amat berbahaya di rantau ini dan juga di dunia.

Saya faham ada yang membantah dan mengatakan mengapa harus sesetengah negara dibenarkan memiliki senjata nuklear padahal yang lain tidak. Tiada satu negara pun yang patut menentukan negara mana harus dilengkapi dengan senjata nukler. Sebab itulah saya menegaskan sekali lagi komitmen Amerika untuk berusaha ke arah sebuah dunia di mana tiada negara akan menyimpan senjata nukler. Mana-mana negara—termasuk Iran—berhak mendapatkan tenaga nukler bukan senjata jika ia mematuhi tanggungjawab-tanggungjawab bawah Perjanjian Pengawalan Senjata Nukler. Komitmen itu membentuk asas perjanjian tersebut dan mesti dipatuhi oleh setiap pihak yang mematuhinya. Saya menaruh harapan bahawa setiap negara di rantau ini akan berkongsi matlamat ini.


Isu keempat yang akan saya utarakan ialah demokrasi.

Saya sedar wujudnya kontroversi tentang isu mempromosikan demokrasi pada beberapa tahun kebelakangan ini dan sebahagian besar daripada kontroversi ini berkait rapat dengan peperangan di Iraq. Dengan jelas saya ingin menyatakan di sini bahawa: Tiada mana-mana sistem kerajaan yang boleh atau harus dipaksa ke atas sebarang negara oleh mana-mana pihak sekalipun.

Namun demikian, ini tidak mengurangkan komitmen saya terhadap kerajaan-kerajaan yang mencerminkan kehendak rakyat. Setiap negara menghidupkan prinsip ini dengan caranya tersendiri, berasaskan tradisi rakyat masing-masing. Amerika tidak mengandaikan apa yang terbaik bagi semua orang, seperti mana kami juga tidak dapat membuat andaian untuk mengetahui keputusan pilihanraya yang aman. Namun, saya kuat dalam pendirian saya bahawa setiap orang mempunyai keinginan tertentu: Kebebasan untuk bersuara dan memperkatakan tentang bagaimana mereka ditadbir; yakin terhadap kedaulatan undang-undang dan pentadbiran keadilan secara saksama; kerajaan yang telus dan tidak mencuri daripada rakyat; kebebasan untuk memilih cara hidup. Ini bukan idea Amerika semata-mata; ini merupakan hak-hak asasi manusia. Sebab itu kami akan tetap menyokong prinsip-prinsip tersebut di mana jua. Sememangnya tiada satu-satu jalan yang lurus bagi merealisasikan janji ini. Tetapi apa yang jelas ialah: Kerajaan yang melindungi hak-hak ini adalah lebih stabil, berjaya dan selamat. Menyekat idea-idea tidak akan berjaya melenyapkannya.

Amerika menghormati hak setiap bersuara yang dilakukan secara aman dan mematuhi undang-undang di seluruh pelusuk dunia, mahupun kita mungkin tidak setuju dengan pendapat tersebut. Kami juga menyambut baik setiap kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan menganjurkan kedamaian—asalkan pentadbiran mereka mentadbir rakyat mereka secara adil. Perkara yang terakhir adalah penting kerana ada sesetengah pihak yang menyokong demokrasi hanya bila mereka sudah tidak berkuasa lagi. Semasa mereka berkuasa, mereka kerap mengenakan sekatan terhadap hak-hak orang lain. Oleh itu, tidak kira di mana jua pun, kerajaan rakyat dan oleh rakyat menetapkan suatu piawai bagi semua yang memegang kuasa: Kita mesti mengekalkan kuasa kita melalui kesepakatan dan bukan paksaan; kita mesti menghormati hak minoriti dan mendukung semangat toleransi dan kompromi; kita mesti meletakkan kepentingan rakyat dan perihal politik yang sah mengatasi parti. Tanpa asas-asas ini, pilihanraya sahaja tidak mencukupi untuk membina suatu demokrasi yang sebenar-benarnya.


Isu kelima yang kita perlu tangani bersama ialah kebebasan beragama.

Islam mempunyai tradisi toleransi yang membanggakan. Kita dapat melihatnya dalam sejarah Andalusia dan Cordoba semasa di Zaman Pasitan (Inquisition). Saya mengalaminya sendiri semasa membesar di Indonesia, di mana para penganut Kristian bebas menjalankan tuntutan agama mereka di sebuah negara yang majoritinya beragama Islam. Inilah semangat yang kita perlukan pada hari ini. Rakyat di setiap negara harus bebas untuk memilih dan mengamalkan agama berasaskan kepercayaan di minda, di hati dan sanubari masing-masing. Toleransi sebegini amat penting untuk perkembangan agama. Namun, ia selalu diancam dengan pelbagai cara. Di kalangan sesetengah orang Islam pula terdapat suatu kecenderungan untuk mengukur kepercayaan diri menerusi penolakan kepercayaan orang lain.

Kekayaan yang wujud dalam kepelbagaian agama harus ditegakkan—sama ada bagi penganut Maronit di Lebanon ataupun penganut Koptik di Mesir. Jika kita ingin berterus terang, jurang perbezaan antara golongan-golongan umat Islam juga perlu dirapatkan kerana persengketaan antara pihak Sunni dan Shiah telah membawa kepada kemelut yang tragik, terutamanya di Iraq.

Kebebasan beragama adalah pokok kepada kemampuan masyarakat untuk hidup bersama. Kita harus sentiasa meneliti cara-cara kita melindunginya. Misalnya di Ameria Syarikat, peraturan-peraturan yang dikenakan terhadap amal ibadah telah menyusahkan orang Islam untuk memenuhi tuntutan agama mereka. Oleh itu, itu kami komited untuk bekerjasama dengan masyarakat Islam Amerika untuk memastikan mereka dapat menunaikan zakat. Begitu juga, amat penting bagi negara-negara Barat supaya tidak menyekat dengan sewenang-wenangnya kebebasan umat Islam daripada mengamalkan tuntutan agama mereka—misalnya, jenis pemakaian yang harus dipakai oleh kaum wanita Islam. Kita tidak boleh cuba melindungi rasa permusuhan kita terhadap mana-mana agama di sebalik liberalisme palsu.

Sebenarnya, kepercayaan harus merapatkan kita. Itulah sebabnya kita sedang melaksanakan projek-projek perkhidmatan di Amerika untuk merapatkan penganut-penganut Kristian, Islam, dan Yahudi. Sebab itulah kita mengalu-alukan usaha Raja Abdullah dari Arab Saudi dalam mengadakan dialog antara agama serta kepemimpinan negara Turki dalam Pakatan Tamadun-tamadun. Di seluruh dunia, kita boleh membentuk perkhidmatan antara agama melalui dialog yang dianjurkan. Oleh itu, usaha merapatkan jurang perbezaan antara masyarakat-masyarakat yang berbeza akan membawa kepada tindakan—sama ada dalam membanteras penyakit malaria di Afrika, ataupun penyediaan bantuan akibat bencana alam.


Isu keenam—isu keenam yang ingin saya bincangkan ialah berkenaan hak wanita.

Saya tahu dan anda dapat melihatnya sendiri daripada para hadirin yang turut serta pada hari ini bahawa wujud perbahasan yang sihat tentang isu ini. Saya menolak pandangan sesetengah pihak di Barat bahawa seseorang wanita yang memilih untuk menutup rambutnya adalah rendah tarafnya. Sebaliknya, saya berpendapat bahawa seseorang wanita yang tidak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan adalah wanita yang telah disekat hak kesaksamaan. Bukan secara kebetulan bahawa negara-negara di mana kaum wanitanya berpendidikan tinggi adalah negara-negara yang cenderung dan lebih makmur.

Biar saya katakan dengan jelas di sini bahawa: Isu hak persamaan wanita bukan hanya merupakan isu Islam sahaja. Di negara-negara Turki, Pakistan, Bangladesh, dan Indonesia, kita telah melihat bagaimana negara-negara yang majoritinya penganut Islam telah melantik wanita sebagai pemimpin. Pada waktu yang sama, perjuangan hak persamaan wanita masih berterusan dalam pelbagai aspek kehidupan di Amerika, dan di negara-negara lain di seluruh dunia. Saya percaya bahawa anak-anak perempuan kita juga boleh menyumbang kepada masyarakat seperti mana anak-anak lelaki kita.

Kemakmuran kita bersama akan meningkat dengan membenarkan setiap insan—baik lelaki mahupun perempuan—mencapai potensi sepenuh mereka. Saya tidak berpendapat bahawa wanita harus membuat pilihan yang sama dengan lelaki untuk mencapai persamaan, dan saya memandang tinggi wanita-wanita yang memilih untuk menjalani kehidupan mereka mengikut tradisional masing-masin. Namun, ia mesti dibuat atas pilihan sendiri. Sebab itulah Amerika Syarikat akan bekerjasama dengan mana-mana negara yang majoritinya penganut agama Islam untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis di kalangan anak-anak perempuan, dan membuka peluang pekerjaan kepada gadis-gadis muda menerusi pinjaman mikro supaya impian mereka tercapai.


Akhir sekali, saya ingin berbincang tentang pembangunan ekonomi dan peluangnya.

Saya tahu terdapat banyak percanggahan dalam menghadapi isu-isu globalisasi. Internet dan televisyen sangat berguna dalam membawa ilmu pengetahuan dan informasi, tetapi saluran tersebut juga memaparkan adegan-adegan seks dan keganasan yang tidak wajar di tonton di rumah. Perdagangan boleh membawa kekayaan baru dan bermacam-macam peluang-peluang berniaga, tetapi ia juga boleh membawa kekacauan dan perubahan kepada komuniti-komuniti.

Di setiap negara - temasuk Amerika - perubahan ini boleh membawa kesan yang menakutkan. Takut kerana permodenan boleh membuatkan kita hilang kuasa terhadap penguasaan ekonomi, politik, dan lebih penting identiti kita - apa yang kita patut hargai tentang komuniti kita, keluarga kita, tradisi kita, dan kepercayaan kita. Saya juga tahu bahawa pembangunan manusia tidak boleh disekat. Tidak perlu ada percanggahan antara pembangunan dan tradisi. Negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan membangunkan ekonomi negara mereka dengan hebat dan dalam masa yang sama menjaga adat resam mereka. Ini juga sama benarnya dengan pembangunan yang hebat di dalam negara dengan majoriti Muslim dari Kuala Lumpur ke Dubai.

Di zaman dahulu dan sekarang, komuniti Islam mampu berada di barisan hadapan dalam inovasi dan pendidikan. Ini penting kerana strategi pembangunan bukan sahaja bersandar kepada dasarnya sahaja, ianya juga tidak boleh bertahan sementara anak-anak muda tiada pekerjaan. Banyak negara-negara Teluk telah menerima kekayaan yang besar kerana minyak, dan sesetengah mereka mula menumpukan kepada pembangunan menyeluruh. Tetapi kita semua mestilah mengaku bahawa pelajaran dan inovasi akan menjadi sumber matawang abad ke 21 dan dibanyakkan komuniti Islam, akan ada pelaburan yang tidak terlabur oleh mereka. Saya sendiri menekankan pelaburan seperti berlaku di negara saya. Dan Amerika pada dahulu kalanya ada tertumpu kepada hasil minyak dan gas di bahagian dunia ini, namun kami sekarang ingin mencari hubungan yang lebih luas lagi.

Mengenai pelajaran, kami akan memperluaskan program pertukaran, dan menambahkan biasiswa-biasiswa, seperti yang telah membawa bapa saya ke Amerika, Pada masa yang sama, kami mahu melihat lebih ramai rakyat Amerika belajar di negara-negara Islam. Dan kami akan mencari tempat untuk pelajar-pelajar Islam yang berpotensi untuk membuat internship di Amerika; menanam modal dalam pelajaran secara "on-line" untuk guru-guru dan kanak-kanak di seluruh dunia;dan melahirkan suatu jaringan baru secara "online", supaya seorang anak muda dari Kansas boleh berkomunikasi dengan segera dengan seorang anak muda di Kaherah. Mengenai pembangunan ekonomi, kami akan mencipta suatu badan sukarelawan perniagaan dengan kerjasama di negara majoritinya Islam. Dan saya akan menjadi tuan rumah Persidangan Kemuncak Hal-Ehwal Keusahawanan tahun ini untuk mengenalpasti bagaimana kita boleh mendalami ikatan antara pemimpin-pemimpin perniagaan, yayasan-yayasan dan usahawan-usahawan sosial di Amerika Syarikat dan komuniti Islam di seluruh dunia.

Mengenai sains dan teknologi, kami akan melancarkan suatu dana baru untuk membantu pembangunan teknologi di negara majoritinya Islam, dan membantu memindahkan idea-idea kepada pasaran supaya dapat melahirkan pekerjaan. Kami akan membuka pusat-pusat saintifik yang cemerlang di Afrika, Timur Tengah dan Asia Tenggara dan melantik Duta-Duta Sains yang baru untuk bekerjasama dalam program - program untuk memajukan punca baru tenaga, melahirkan pekerjaan, mendigitalkan rekod-rekod, mengeluarkan air yang bersih, dan menanam tanaman baru.

Dan hari ini saya ingin mengumumkan suatu dayausaha global yang baru bersama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk memansuhkan penyakit polio. Dan kami juga akan memperluaskan kerjasama dengan komuniti Islam bagi mempromosikan kesihatan kanak-kanak dan ibu-ibu. Semua ini mestilah dijalankan secara kerjasama. Rakyat Amerika bersedia berganding bahu bersama rakyat dan kerajaan; komuniti organisasi-organisasi, ketua-ketua agama, dan perniagaan dalam komuniti Islam di seluruh dunia untuk membantu rakyat kita menjalani kehidupan yang lebih baik.

Isu-isu yang saya nyatakan tadi bukan mudah untuk dikecapi. Tetapi kami mempunyai tanggung-jawab untuk bersama-sama bagi pihak masyarakat dunia lain supaya - pihak ekstremis tidak lagi mengugut rakyat kami, dan memaksa askar-askar Amerika untuk kembali; mewujudkan negara-negara di mana pihak Israel dan Palestin sama-sama berasa selamat di negara masing-masing, dan kuasa nuklar digunakan untuk tujuan keamanan dan mewujudkan satu dunia di mana kerajaannya berkhidmat untuk rakyat, dan hak-hak umat manusia jadian Tuhan dihormati. Kesemua itu adalah kepentingan bersama. Itulah dunia yang kita cari, tetapi kita akan berjaya mendapatkannya secara bersama.

Saya tahu terdapat ramai - orang Islam dan bukan Islam - yang menyoal samada kita mampu mengorak pembaharuan ini. Ada yang mahu menyemarakkan api untuk memecah-belahkan keadaan, dan menyekat perkembangan. Ada yang menyatakan usaha ini sia-sia belaka - dan kita telah ditakdirkan untuk tidak bersefaham, dan tamadun manusia sudah ditakdirkan bertelingkah. Ada ramai juga yang skeptikal - bahawa pembaharuan yang sebenar boleh berlaku. Terlalu banyak yang ditakuti, terlalu banyak keraguan yang telah bertambah selama beberapa tahun. Tetapi sekiranya kita terikat dengan masa lepas, kita tidak akan boleh maju kehadapan.

Saya juga mahu berkata ini kepada generasi muda setiap agama, di mana jua negara – anda, lebih dari yang lain, mempunyai kebolehan untuk memberi wawasan baru pada dunia ini, dan membina semula dunia ini. Kita semua di dunia ini hanyalah sementara. Persoalannya ialah samada kita menggunakan masa untuk memberi tumpuan kepada apa yang menjauhkan kita, atau kita sama-sama komited untuk suatu usaha - iaitu usaha berterusan - mencari persefahaman, tumpuan untuk masa depan yang kita cari untuk anak-anak kita, dan untuk menghormati maruah umat manusia.

Adalah mudah untuk memulakan peperangan daripada menamatkannya. Adalah lebih mudah untuk menuduh pihak lain daripada menunding diri sendiri; melihat apa yang berbeza tentang seseorang daripada mencari sesuatu yang boleh kita berkongsi. Tetapi kita mesti memilih jalan yang baik, bukan sahaja jalan yang mudah.

Di sinilah terletaknya garis panduan di setiap agama - iaitu melakukan sesuatu kepada orang lain sebagaimana kita mahu diperlakukan. Kebenaran ini merangkumi negara-negara dan manusia sejagat - kepercayaan yang bukan baru, yang bukan hitam atau putih ataupun coklat; yang bukan Kristian atau Islam atau Yahudi. Ianya suatu kepercayaan yang menjadi nadi kepada tamadun manusia dan ianya masih hidup di dalam hati berbilion manusia di seluruh dunia. Ianya adalah kepercayaan pada orang lain, dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.

Wednesday, July 15, 2009

Mesej Rakyat Buat PAS

Jika ada yang bertanya kepada saya, "Apa yang menariknya tentang negeri Kelantan?"

Maka saya akan menjawab, "Sudah tentu pada manusianya."

Apa yang istimewanya pada rakyat Kelantan?

Pada cara mereka memilih pemimpin...

Ramai yang tertanya-tanya tentang faktor kemenangan tipis calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah (5348 undi) dengan majoriti sebanyak 65 undi. Adakah kemerosotan undi disebabkan oleh isu-isu negatif tentang Pakatan Rakyat yang sering timbul dalam dua, tiga bulan ini? Mungkin juga kerana pimpinan PAS kurang berinteraksi dengan penduduk Manek Urai. Ataupun terletak pada keberkesanan kempen yang dijalankan oleh Barisan Nasional. Besar kejutan saya melihat kepada kesungguhan jentera Barisan Nasional dalam memenangi hati rakyat Kelantan.

Tidak hairanlah kemenangan Pakatan Rakyat ini dilihat sebagai satu keputusan yang memuaskan hati pimpinan Barisan Nasional.

Sebagaimana kata seorang sahabat saya, "Menerima kemenangan dengan naluri kekalahan... Muhasabahlah".















Friday, June 26, 2009

Kegagalan Idea Kerajaan Perpaduan: Di Mana Silapnya?



Ketika membaca kenyataan Tuan Guru Haji Hadi yang menarik balik idea Kerajaan Perpaduan yang pernah dicetuskan sendiri oleh beliau, saya merasa agak terkilan. Selain daripada faktor masa yang dikatakan masih belum sesuai untuk dilaksanakan, saya tercari-cari apakah kelemahan yang terdapat di sebalik gagasan tersebut.

Kenapa idea tersebut gagal dipertahankan seandainya hanya salah faham dan putar-belit media yang menghalang proses kefahaman rakyat umum?

Saya melihat penyusunan idea Kerajaan Perpaduan ini mempunyai kekurangan dari dua sudut, iaitu masalah peristilahan dan ketiadaan model konkrit yang disertakan bersama idea tersebut.


Menitikberatkan Masalah Peristilahan

Sewaktu Tuan Guru Haji Hadi mengusulkan cadangan Unity Government di dalam Dewan Rakyat, timbul pelbagai penafsiran yang dibuat dengan sewenang-wenangnya oleh pelbagai pihak. Penafsiran tersebut merangkumi istilah makna, pertubuhan, sikap yang berbeza, hubungan dengan parti lain dan matlamat yang digunakan pada ketika itu. Sedangkan pembentukan sesebuah ideologi tanpa menitikberatkan masalah peristilahan yang menjadi had atau ukuran hingga ke tahap mana konteks idea tersebut sepatutnya dikembangkan, bakal mengakibatkan label ‘Kerajaan Perpaduan’ yang mudah, semakin sukar untuk difahami lebih-lebih lagi bagi rakyat umum.


Menyertakan Model Tertentu

Kelemahan kedua yang mampu menentukan kesan Kerajaan Tanpa Pembangkang pada masa depan termasuk sejauh mana idea ini akan menjadi cabaran atau ancaman, adalah kerana kurangnya ketelitian dalam merancang agenda politik. Kenyataan teori atau ideologi yang dikeluarkan sebelum merangka struktur model perubahan tertentu, boleh menyebabkan idea tersebut semakin samar-samar serta kurang diyakini kemampuannya untuk dilaksanakan dengan baik.

Walaupun ramai yang memperkatakan dan menyokong tentang Kerajaan Perpaduan, tetapi pemahaman mereka yang berbeza dari segi sifat dan bentuk kerajaan tersebut kerana tidak ada penerangan lebih lanjut tentangnya menyebabkan dogma ini hanya tinggal nama.

Akhirnya, idea Kerajaan Perpaduan dikuburkan oleh pemiliknya sendiri tanpa sempat difikirkan secara lebih matang.

Sunday, June 21, 2009

Dalami Ilmu Sebelum Memimpin

Seminggu dua ini boleh dikatakan hampir separuh dari ruangan media massa dipenuhi dengan isu-isu politik semasa dari dalam dan luar Negara. Baru sahaja akal cuba memahami usul muktamar PAS ke-56 yang diluluskan, kita dikejutkan pula dengan berita menyayat hati tentang serangan ke atas penduduk Islam di Selatan Thailand. Kemudian krisis bantahan terhadap keputusan pilihanraya Iran yang masih lagi hangat dibicarakan dan isu Kerajaan Perpaduan yang tidak putus-putus dimainkan oleh media badan politik dan media awam.

Penat juga mencermati pelbagai pandangan dari laman web ke laman web, siaran ke siaran dan penganalisis ke penganalisis mencari sumber-sumber yang boleh dipercayai sebelum ‘tajarrud’ (berpegang teguh) dengan pendirian mereka yang terlibat. Cabaran terbesar dalam abad ke-21 ini sudah semestinya pada keupayaan memilih atau mengenalpasti kebenaran yang samar-samar dalam ledakan maklumat atau dikenali sebagai ‘information overload’.

Dalam apa-apa situasi sekalipun sikap suka meneliti setiap maklumat yang sampai kepada kita harus diamalkan supaya kita tidak mudah terpengaruh dengan khabar yang tidak benar. Apatah lagi bagi saya yang masih lagi bertatih mengenali dunia politik. Cepat benar saya mengiyakan pandangan pakar-pakar politik. Seandainya saya memandang sesuatu isu dengan subjek yang berat dan besar, bagi mereka pula ia hanyalah perkara yang bersifat biasa. Sebab itulah saya suka membandingkan pemikiran saya dengan mereka yang lebih berpengalaman.

Bermula dari sini, saya belajar memajukan diri dengannya…

Jika kita mendalami ilmu tentang sains politik, pastinya kita akan lebih mudah membaca realiti semasa, cepat merasai arus perubahan yang sedang berlaku, meramal tindakan seterusnya, menangkap perkara yang tersirat disebaliknya serta mengambil tahu tentang pentadbiran, dasar luar Negara, ekonomi, pendidikan dan undang-undang.

Terselamatlah mereka yang arif tentang selok-belok dunia politik dari segala bentuk penipuan.

Monday, May 25, 2009

Saksikan Kupasan Mengenai Situasi Politik Malaysia



DI LUAR LINGKUNGAN: "Ke Arah Tontonan Tanpa Had Tanpa Sempadan"

Matangkah Pemikiran Politik Rakyat Malaysia?

Adakah rakyat Malaysia kini sudah matang berpolitik? atau adakah ia sekadar persepsi yang boleh disangkal?
Apakah ukuran kematangan politik di Malaysia?
Apakah punca matang atau dangkalnya politik malaysia?
Apakah ciri-ciri politik matang?
Bagaimanakah mendidik kematangan politik yang lebih tinggi di kalangan rakyat marhein?
Dan banyak lagi perbahasan dan kupasan yang menarik mengenai Kematangan Politik Malaysia termasuk krisis politik terkini yang berlaku di Negeri Perak.

Selepas segala macam polemik dan kerenah politik adakah pemikiran rakyat semakin matang? Ada yang melihat krisis Perak sebagai pembinaan kematangan yang perlu, tetapi apa natijahnya? Siapa yang menerima manfaat kematangan atau kedangkalan ini?
YB Ysmadi Yusuf, Prof Dr Nidzamuddin UKM, Dr Saifuddin UM

Monday, May 25, 2009
Time: 9:00pm - 10:00pm
Location: TV1










HUJAH Di TV9

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Dato' Ahmad Zahid Hamidi akan bertempur dalam Program Hujah TV 9 pada 26 Mei 2009 (Selasa) jam 9.30 malam.

Saksikan Program popular tersebut yang hoskan oleh Profesor Madya Agus Yusof dengan tajuk “Rasuah Politik” dan akan disiarkan secara langsung oleh TV9.

Sementara itu, esok 25 Mei 2009, Dato Husam akan menyatakan pendiriannya samada akan bertanding bagi mengisi jawatan dalam Pemilihan Kepimpinan PAS yang diadakan pada Jun nanti. Sidang media beliau akan diadakan pada jam 11.00 pagi di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Begitu juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar akan turut mengadakan sidang media pada jam 11.30 pagi (25 Mei 2009) bagi menyatakan pendirian menerima penawaran jawatan dalam pemilihan kepimpinan PAS pada Muktamar Tahunan yang dijadualkan pada Jun nanti di Shah Alam.

*Sumber: Jiwo Kelate

Tuesday, May 12, 2009

Kemenangan DS Nizar Bangkitkan Semangat Rakyat






Sokongan rakyat terhadap isu Menteri Besar Perak yang sah jelas kelihatan dalam ceramah rakyat anjuran Pakatan Rakyat malam semalam. Saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta berkongsi berita gembira kemenangan YB Nizar, tokoh yang saya kagumi. Dengan bertemankan anak-anak usrah, saya memerhatikan satu persatu reaksi para pemimpin serta penyokong yang hadir ke situ.

Sememangnya saya sentiasa mengikuti perkembangan politik negeri Perak semenjak peralihan kuasa dari kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Rakyat Perak beruntung kerana dipimpin oleh mereka yang berkelayakan. Ada di kalangan mereka yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat gilakan kuasa, bukannya mahu berkhidmat untuk rakyat.

"Menjaga kebajikan rakyat tanpa memegang sebarang kuasa".

Bukankah itu suatu ungkapan yang ideal.

Saya mengambil berat tentang negeri Perak setelah mengetahui apa yang telah dan sedang berlaku ke atas rakyat Perak. Melihat dari sudut ruangan dakwah, kita memang mempunyai peluang yang cukup cerah di sana. Namun, semuanya dicemari dengan sikap sombong.

Bukankah kegagalan itu ditunjukkan untuk menghancurkan keangkuhan?

Berfikirlah duhai pemimpin negara...



Semakin bersemangat selepas menjenguk ke Facebook Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin:

SYUKUR ALHAMDULILAH
Today at 7:14am

Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rayat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh Rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon kempunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zinah , mabuk , tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kepada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.

Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.

Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serious beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyurkan usaha memilih ketua JKKK. RM cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.
Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.

HIDUP RAKYAT.
ALLAHU AKBAR

Monday, May 04, 2009

Penguasa Bernama Ulama'


Persoalan mengenai kepimpinan PAS semakin hangat diperkatakan menjelang Muktamar pada bulan Jun nanti. Isu berkenaan timbul sejurus selepas Ustaz Mohd Daud al I'raaqi, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat menyuarakan pandangannya agar Presiden dan Timbalan Presiden mestilah di kalangan ulama'.

Antara Ulama' atau professional, golongan manakah yang bakal menerajui PAS?

Kita sedia maklum, PAS telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama' bermula tahun 80an. Ketika itu, Almarhum Yusuf Rawa yang memegang jawatan sebagai Presiden dan dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas.

Seterusnya, Dato' Mustafa Ali selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang bertanggungjawab menggagaskan Kepimpinan Ulama' dalam PAS pada tahun 1982 yang lalu turut mempertahan institusi ulama'.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kombinasi antara ulama' dan professional telah berjaya meraih kemenangan yang besar buat PAS dalam sejarah politik Malaysia. Namun, persoalan siapa yang seharusnya berada di pucuk pimpinan merupakan keutamaan tertinggi.

Harus difahami, PAS bukan sekadar sebuah parti politik tetapi merupakan gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa PAS menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam.

Firman Allah:
إنَمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah adalah Ulama'"
(Surah Fatir : 28)

Friday, March 27, 2009

Foundation Of Revolutionary In Perak







Sudah lama saya tidak menulis tentang perkembangan politik di negeri Perak. Kali ini saya menulis tentang Perak kerana dasar perubahan structural secara spontan dan mengejut yang sedang berlaku pada kerajaannya.

Pemilihan (YAB) Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calon MP Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil di Perak pada 7 April, saya kira sebagai satu keputusan yang tepat. Malahan, keyakinan saya semakin bertambah dengan keupayaan beliau untuk menyandang jawatan sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA suatu waktu nanti. Mungkinkah inilah calon "In Waiting Prime Minister" yang ditunggu-tunggukan oleh rakyat Malaysia selama ini. Beliau hadir dengan pakej pemimpin yang lengkap, seorang yang amanah, intelektual , spiritual yang tinggi, berprinsip, berintegriti, pegangan agama yang kuat, bijak, cerdik, merendah diri, berwawasan, tangkas membaca suasana semasa serta prihatin dengan masalah rakyat dan negara. Beliau juga disenangi semua kaum di Malaysia.

Ketokohan dan kewibawaan Nizar sebagai pemimpin telah terbukti dengan kebijaksanaan yang berhemah dalam membuat keputusan dan tindakan demi rakyat Perak. Sebagai nakhoda kepada kerajaan negeri Perak, beliau telah mengemudi negeri tersebut dengan begitu 'bergaya' sekali.


Menilik Sejarah Revolusi Iran

Revolusi Iran adalah sebuah revolusi yang mengubah kerajaan Iran daripada sistem pemerintahan monarki kepada sistem Republik Islam. Pertukaran ini dibuat melalui pungutan suara rakyat Iran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, setelah beliau berjaya mengusir raja Iran terakhir, Shah Mohammad Reza Pahlavi keluar dari Iran.

Revolusi ini adalah sebuah gerakan yang unik kerana kejayaannya mengejutkan seluruh dunia. Sebab ia sesuatu yang unik kerana ia bukanlah berpunca daripada kekalahan dalam peperangan, krisis kewangan ataupun pemberontakan golongan bawahan mahupun tindakan ketenteraan, sebagaimana revolusi-revolusi lain dalam sejarah bertulis manusia.

Revolusi Iran berlaku dengan pantasnya dan berjaya menjatuhkan sebuah rejim yang dilengkapi dengan kuasa tentera yang kuat dan hebat, dan rejim ini digantikan dengan sistem pemerintahan teokrasi yang diundi berdasarkan tahap kemuliaan seseorang itu.

Revolusi ini terjadi kepada dua peringkat. Peringkat pertama bermula pada pertengahan 1977 hingga tahun 1979 yang dipimpin oleh pihak liberal, golongan haluan kiri dan kumpulan agama. Kesemua mereka memberontak menentang Shah Iran. Peringkat kedua yang turut dikenali sebagai Revolusi Islam menyaksikan naiknya Ayatollah menjadi pemimpin revolusi.

Antara punca tercetusnya revolusi:

1)Layanan mewah kerajaan kepada rakyat asing sedangkan ramai rakyat tempatan hidup melarat, kadar inflasi yang melonjak tinggi diikuti dengan jurang antara kaya dan miskin yang semakin besar.

2)Sikap boros kerajaan Shah Iran ketika sambutan meraikan pengasasan negara Parsi.

3) Tahap inflasi melonjak naik dan jurang antara yang kaya dan miskin dan juga antara penduduk bandar dan luar bandar semakin besar.

4)Pindaan terhadap kalendar Iran daripada kalender Hijrah kepada kalendar solar Iran yang pernah digunakan ketika zaman Cyrus Agung.



Fakta Kawasan Pengundian
Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang.

Thursday, March 05, 2009

Pendek Kata, Kuburkan Saja PPSMI!





Hakikat dan realiti yang kurang diketahui

1)Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua terbesar dalam penyebaran agama Islam selepas bahasa Arab.

2)Ramai ulama dunia Melayu yang menulis tentang Hisab al-Hind, aljabar (algebra), geometri, logaritma, dan falak. Antara karya Matematik yang ditulis oleh ulama Nusantara ialah Raudat al-Hussab fi a’mal al-Hisab (1310 H) oleh Syeikh Ahmad ‘Abdul Latif al-Khatib, Ilmu Hisab dan Ilmu Falak oleh Syeikh Ahmad al-Fatani, Muhammad Nur l-Ibrahimi, Ilm al-Mantiq (1352H) dan ramai lagi. Malahan ada karya-karya yang menjadi simpanan orang perseorangan luar Nusantara yang dijadikan bahan rujukan dan penyelidikan seperti Ilmu Hitungan yang tersimpan dalam koleksi J.A.W. Van Ophusyen, Belanda.

3)Bahasa Melayu sudah memiliki melebihi sejuta kosa kata meliputi pelbagai lapangan akademik, ekonomi, teknologi dan sebagainya.

4)Kini, kira-kira 20% sahaja bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran pada peringkat menengah atas sehingga institusi pengajian tinggi.


Implikasi

1)Lebih sejuta istilah baharu dalam bidang aeroangkasa, sains, perubatan, teknologi, perniagaan, ekonomi dan lain-lain lagi yang seumpamanya dalam bahasa Melayu ‘mati’.

2)Bahasa Melayu berada di tempat ketiga selepas bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

3)Penguasaan pelajar Melayu khususnya dalam ilmu sains dan matematik menjadi semakin teruk.

4)Akhbar berbahasa Melayu menjadi tidak laku dan akan terkubur sebagaimana akhbar tulisan jawi.

5)Politik orang Melayu menjadi lemah akibat suara perjuangan melalui akhbar berbahasa Melayu kehilangan pembaca dan tiada nilai ilmunya.

6)Kanak-kanak berkeperluan khas akan mengalami kesukaran untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana bahasa pertamanya adalah bahasa Melayu.

7) Dikhuatiri wujudnya kumpulan pelajar dan mahasiswa sekurang-kurangnya aliran kebangsaan dan Inggeris serta berkemungkinan aliran Cina.


[Laman Rasmi GMP]




Wednesday, March 04, 2009

Negara Tanpa Pembangkang?



"Pendekatan dalam mewujudkan perpaduan ini mestilah memenuhi segala ciri dan sifat fitrah naluri yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Manusia bukan sahaja boleh disatukan sebagaimana menyatukan batu-bata dalam mendirikan bangunan, kayu yang mendirikan perabot tidak boleh disatukan begitu sahaja kerana manusia bukan sahaja jasad, mereka mempunyai hati perut dan perasaan. Dengan sebab itu pendekatan yang perlu diambil dalam mewujudkan perpaduan mestilah merangkumi segala aspek yang ada dalam naluri kejadian manusia itu sendiri."


Tertarik dengan isi perbahasan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang tentang cadangan pembentukan Negara Malaysia tanpa pembangkang. Jika suatu masa dahulu Tuan Guru Nik Aziz pernah mencabar PAS dan UMNO membubarkan parti masing-masing dan menubuhkan satu parti baru, kini Presiden PAS pula membawa idea baru untuk membentuk Negara yang hanya didokongi oleh kerajaan perpaduan, tanpa perpecahan parti.

Saya cuba membayangkan Negara Malaysia yang diperintah oleh gabungan parti politik serta rakyat...

Tanpa barisan pembangkang.

Tanpa indikator sebagai check and balance.

Jika pemerintahan yang diwarisi melalui keturunan, saya menggambarkan kerajaan sepertimana dalam institusi diraja.

Negara kita masih mengamalkan amalan demokrasi dalam memilih pemimpin. Mungkinkah calon-calon pemimpin hanya bertanding di atas kapasiti individu tanpa mewakili mana-mana badan atau pertubuhan politik.

Macam mana tu?

Bagaimana pula dengan substance ataupun agenda serta idea tentang politik Islam, Negara berkebajikan dan pendiriannya tentang cabaran sekularisma, hubungan antara kaum serta hal-hal yang lebih pluralistik sifatnya?

Gagasan baru yang dicadangkan oleh Presiden PAS ini dilontarkan beliau ketika membahaskan usul ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Parlimen. Unity Government yang dimaksudkan ini bukan sekadar melibatkan parti-parti politik tanahair, malahan seluruh rakyat Malaysia.




Cadangan ini ditimbulkan oleh Tuan Guru dengan bertujuan untuk mengelakkan krisis yang lebih besar samada dari perspektif ekonomi maupun politik. Demi kepentingan rakyat, semua pihak harus mengenepikan perbezaan dan meredakan perbalahan, duduk semaja atas satu pentas dan melahirkan sebuah kerajaan perpaduan atau "unity government" yang akan melihat semua parti bersatu membentuk satu kerajaan demi rakyat dan Negara.

Beranikah setiap parti di Malaysia mempertimbangkan gagasan pemikiran baru tersebut?

Thursday, February 26, 2009

Memahami Bahasa Orang Politik





“Saya melihat politik pada masakini telah mengalami perubahan dari feudal ke arah kematangan”, saya terus mencatit butir-butir isi penting yang disebutkan oleh panel yang pertama.

“Dulu, kefahaman masyarakat terhadap politik lebih singular ataupun tunggal, kini masyarakat sudah berpemikiran plural. Maksudnya, lingkaran sempadan itu telah hancur. Ianya bukanlah suatu kerosakan, tapi pembangunan tamadun demokrasi”, sambung ahli panel yang kedua sambil menghuraikan tentang corak pemikiran pelbagai kalangan bangsa Malaysia. Saya cuba menerobos ke lingkaran sempadan tersebut.

“Kita mestilah berfikiran secara critical constructive, bukannya critical destructive dengan berpandukan kepada politik hati nurani dan kematangan. Kita mesti tahu erti mewarisi perjuangan, bukannya mahu mewarisi kepimpinan”, kali ini saya mengukirkan senyuman mendengar hujah-hujah dari ahli panel ketiga apabila beliau menyebut perkataan “politik hati nurani”. Lengkap dengan mewarisi perjuangan lagi. Sangat dalam pengertiannya tu.

“Pembangunan ke arah kematangan”, ulas panelis keempat yang lebih banyak menerangkan mengenai teori pembangunan. Beliau juga mengaitkan politik semasa dengan ajaran Islam dan system yang kita mahu implemenkan. Nadanya tenang. Fikiran saya menghadamnya dengan mudah dan jelas.

Demikianlah persepsi yang diberikan oleh keempat-empat ahli panel jemputan "Intellectual Dialogue Towards Upholding Ummatic Aspiration", apabila moderator program meminta pandangan tentang pemikiran masyarakat terhadap politik.

Rata-ratanya bercakap tentang pembangunan dan memandang positif ke atas perkembangan politik yang sedang berlaku di tanahair masakini. Masyarakat sedang semakin matangkah dengan senario politik semasa?

Saya lebih ternanti-nantikan pendapat dan hujah dari panelis kedua berbanding yang lain memandangkan beliau lebih banyak membentangkan fakta sejarah dan rasional dari sudut akademik. Lebih bercorak realistic dan holistic.

Sukar untuk saya menterjemahkan perkara-perkara yang tersirat di sebalik perbincangan dan pendedahan umum pada forum tersebut. Masih terasa terawang-awangan sehari selepas hadir ke dialog pada malam itu. Cuba mengharmonikan antara pendidikan dan realiti politik, namun tak terdaya rasanya.

Tercari-cari bahasa baru bagi menggantikan bahasa yang digunapakai oleh panelis forum.

Bahasa dakwah untuk meningkatkan kefahaman, bahasa tarbiyyah menghasilkan perubahan, bahasa siasah bahasa berstrategi.

Semoga para mahasiswa yang turun pada malam itu mampu mempertimbangkan hasil perbincangan secara konstruktif. Mudah-mudahan hendaknya…


“Bahasa Cerminan Keintelektualan”

Friday, February 13, 2009

Apabila Media Berpaling Dari Kebenaran




Sejak akhir-akhir hilang rasa minat untuk membelek akhbar-akhbar utama Malaysia. Berita-berita yang disajikan di televisyen pun banyak yang kurang menyenangkan. Rasa agak ragu-ragu dengan sumber informasi yang dibawakan. Apatah lagi dengan kenyataan yang berat sebelah. Rasa kecewa pun ada.

Media seharusnya sedar betapa besarnya impak sesuatu catatan itu terhadap rakyat. Jangan penuhi media dengan seribu satu sogokan, putar-belit dan kutukan semata-mata. Sesuatu isu itu sepatutnya diperhalusi dan diterjemahkan ke dalam maklumat yang berbentuk pendedahan atau pengajaran.

Saya pernah terbaca satu artikel tentang etika kewartawanan. Menurut penulis, menjadi wartawan bukan sahaja menjadi pencatat peristiwa tetapi mereka perlu mencipta peristiwa. Proses ini berlaku melalui penyaluran mesej yang betul dalam fikiran pembaca. Setiap wartawan juga perlu ada pembinaan prinsip dalam diri untuk mempertahankan integriti dalam profesion ini. Dalam konteks Malaysia, sudah ada perubahan kecil tetapi memberi impak yang besar dalam memberi kefahaman masyarakat.

Bekas Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Sulaiman yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama 40 tahun mengatakan ‘Etika Kewartawanan’ tidak wujud di Malaysia dalam erti kata tiada kanun seragam khusus yang mengawal dan mengurus perjalanan profesion kewartawanan atau badan tertentu yang bertanggungjawab mengawasi pematuhan kepada kanun berkenaan, seperti di sesetengah negara, terutama negara maju. Secara umumnya, etika kewartawanan bergerak atas beberapa peraturan kecil seperti, mengutamakan kebenaran, keadilan, kebebasan dan sikap tidak memihak dalam pemberitaan.





“Wahai manusia! Sekiranya ada di kalangan kamu yang dilantik sebagai wakil pentadbir oleh kami, dan kemudian menyorokkan daripada kami walaupun hanya sebatang jarum, atau lebih, dia sudah berkhianat, dan akan membawanya di Hari Kebangkitan.”
(Hadis riwayat Abu Dawud)


Saya menghormati wartawan dan media yang mampu menyalurkan maklumat yang benar. Penyebaran informasi yang tidak jujur hanya akan menghakis kredibiliti serta kepercayaan orang ramai terhadap seseorang wartawan.

Sejauh manakah media mampu menutup kebenaran dalam era ledakan teknologi maklumat masa kini?

Thursday, February 05, 2009

Kemelut Politik Di Perak

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Seketika ini, hanya doa yang mampu disumbangkan buat Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin serta sahabat-sahabat seperjuangan di Perak apabila mendapat tahu tentang kemelut yang sedang dihadapi oleh Pakatan Rakyat.

Kebimbangan saya mulai timbul apabila terdengar desas-desus bahawa kedua-dua Exco berkenaan, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berada di Pekan, Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak di kediamannya sebelum ini.

Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dalam kenyataan mengumumkan bahawa ADUN Behrang, Jamaluddin dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang semalam.

Pagi semalam beliau memaklumkan kekosongan kedua-dua kerusi itu kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.


Antara Kerisauan Dan Harapan

Rasa berdebar apabila terbaca tentang apa yang berlaku di bangunan pentadbiran kerajaan Perak dan di kediaman MB Perak pada petang tadi.

Sehingga kini, pembubaran Dun belum berlaku lagi kerana Tuanku Sultan masih belum memberi perkenan Dun dibubarkan. Malahan Tuanku meminta Menteri Besar letak jawatan. Namun begitu Mohamad Nizar bertegas tidak akan meletak jawatan.

Kerajaan BN masih belum boleh dibentuk di Perak dan kerajaan Pakatan Rakyat masih sah di sudut undang-undang.

Namun, ada sedikit kelegaan bilamana membaca laporan dari Harakahdaily yang menyatakan yang menurut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, terdapat tiga cara untuk menukar menukar kerajaan:

Pertama, melalui pembubaran Dun. Menteri Besar Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru.

Kedua, Menteri Besar Perak dan semua Exco meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak.

Ketiga, melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekirnya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan.


Justeru, selagi Sidang Dun belum bersidang dan Usul Undi Tidak Percaya dibentangkan dan mendapat undi majoriti, selagi itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kekal memerintah.



[Laporan Khas Malaysiakini]



Teringat pula kepada statement yang pernah dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz:
"Saya rasa cukup dukacita apabila timbul cerita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas dapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mereka jual (berpaling tadah). Perbuatan ini pastinya ada perancang yang memujuk mereka sebagai cara mudah mencari majoriti (membentuk kerajaan). Kalau begini, lebih baik tak payah diadakan pilihan raya, sebaliknya cukup diagihkan duit saja".


Ternyata, mentadbir hati manusia tidak semudah mentadbir sebuah kerajaan.

"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan Sabar dan Solat"

Thursday, November 06, 2008

Barack Obama: The 44th President of the United States of America




"Barack Hussein Obama was elected the 44th president of the United States on Tuesday, sweeping away the last racial barrier in American politics with ease as the country chose him as its first black chief executive.
Mr. Obama’s election amounted to a national catharsis — a repudiation of a historically unpopular Republican president and his economic and foreign policies, and an embrace of Mr. Obama’s call for a change in the direction and the tone of the country. But it was just as much a strikingly symbolic moment in the evolution of the nation’s fraught racial history, a breakthrough that would have seemed unthinkable just two years ago.

Mr. Obama, 47, a first-term Democratic senator from Illinois, defeated Senator John McCain, Republican of Arizona, a former prisoner of war who was making his second bid for the presidency.

The day shimmered with history as voters began lining up before dark — hours before polls opened — to take part in the culmination of a campaign that, over the course of two years, commanded an extraordinary amount of attention from the American public.

As the returns became known, and Mr. Obama passed milestone after milestone, winning Ohio, Pennsylvania, New Hampshire, Iowa and New Mexico — many Americans rolled into the streets to celebrate what many described, with perhaps overstated if understandable exhilaration, a new era in a country where just 143 years ago, Mr. Obama, as a black man, could have been owned as a slave.

For Republicans, especially the conservatives who have dominated the party for nearly three decades, the night represented a bitter setback and left them contemplating where they now stand in American politics.

Mr. Obama led his party in a decisive sweep of Congress, putting Democrats in control of both the House and the Senate — by overwhelming numbers — and the White House for the first time since 1995, when Bill Clinton was president. The president-elect and his expanded Democratic majority now faces the task of governing the country through a difficult period: the likelihood of a deep and prolonged recession.

Mr. Obama will come into office after an election in which he laid out a number of clear promises: to cut taxes for most Americans, to get the United States out of Iraq in a fast ifand? orderly fashion, and to expand health care. In a recognition of the difficult transition he faces, given the economic crisis, Mr. Obama is expected to begin filling White House jobs as early as this week." - New York Times

Obama win: Malaysia hopeful for improved relations with US

By MAZWIN NIK ANIS

PUTRAJAYA: Malaysia looks forward to enhanced relations with the United States following Barrack Obama’s success in clinching the presidential elections.

Foreign Minister Datuk Seri Rais Yatim said Kuala Lumpur hoped there would be “new possibilities” in enhancing ties with Washington following Obama’s victory.

“His victory is not only meaningful for the Americans but also for mankind. It signifies changes. He is perceived to be the latest beacon of hope in fulfilling the demands of democracy.

“Malaysia would like to contratulate Obama for winning the presidential election and we look forward to enhancing the present good relations and promoting new initiatives that can further boost these relations,” he said in a statement on Wednesday.

Rais said Obama’s victory was proof that Americans could choose their leader looking beyond the person’s race, colour or creed.

He said Malaysia also expressed hope that President Obama’s administration would give deserving attention towards developing nations in the context of humanity, development and various bilateral relations.

“We also hope that the Obama administration will be more concerned and sensitive towards the sovereignty of smaller nations and will not use power as a tool to solve problems that are plaguing the world,” he said.

Thursday, August 28, 2008

Langkah DSAI ke Parlimen...

Sekalung Tahniah Diucapkan Kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim Di atas Kemenangan Pada Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh.
Selepas 10 tahun menanti, akhirnya...
Selamat melangkah ke Putrajaya.

Action Speaks By Itself!
Kemenangan ini membuktikan kematangan rakyat dalam memilih pemimpin yang jujur dan amanah. DSAI layak menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh. Rakyat Malaysia pada hari ini sudah bijak membuat keputusan. Ternyata, penyebaran fitnah dari mainstream media ditolak mentah-mentah oleh penduduk Permatang Pauh. Ia juga merupakan suatu signal bersifat fundamental ke arah kesatuan serta menolak poltik tidak bermoral serta perkauman yang sudah tidak relevan bagi mengorak langkah ke hadapan.
Syabas diucapkan kepada penduduk Permatang Pauh serta rakyat Malaysia.

"Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.
Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat." (DSAI)




KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

"HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA BARU"