"Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman."
[Hadith riwayat Muslim]
Mencegah di sini bolehlah dijustifikasikan sebagai tindakan kita memboikot produk keluaran Yahudi serta negara-negara yang bersekutu dengannya. Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu. Setiap umat Islam perlu bertindak bagi membantah kekejaman ini dan hanya melalui kuasa kepenggunaan, kita dapat mengajar kuasa-kuasa besar barat yang menyokong keganasan terhadap umat Islam di Palestin.
Ekonomi US Sedang Nazak
Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum Presiden Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang sangat serius masalahnya. Marilah kita nazakkan lagi ekonomi USA dan Britain dengan menyertai kempen pemboikotan ini.
[BBC News]
Umum mengetahui bahawa kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Tindakan kita memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan regim Zionis ini merupakan tindakan mencegah yang mampu menghentikan serangan Yahudi ke atas rakyat Palestin, seandainya umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.
Di akhirat kelak, Allah tidak bertanya apakah pemboikotan kita berjaya menjejaskan Israel. Tetapi yang ditanya Allah kelak adalah, 'Apakah yang kamu lakukan untuk agama kamu ?'
No comments:
Post a Comment