Saturday, January 17, 2009

Pengurusan PRK UIAM Yang Mengecewakan




InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang Pilihanraya Kampus (PRK) bakal berlangsung pada 22 Januari 2009 (Khamis). Manakala tarikh penamaan calon pula dijadualkan berlaku pada 19 Januari 2009 setelah beberapa kali berlakunya penganjakan tarikh semenjak September 2008. Seluruh kampus yang berada di Lembah Klang menghadapi PRK pada semester baru, sementara pejabat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dibiarkan kosong selama lebih kurang 100 hari. Entah apa rasionalnya, tidak pula saya ketahui.


Pembatalan Pada Notis Yang Pertama

Namun, apa yang mengecewakan saya adalah apabila pengurusan PRK pada kali ini gagal diselenggarakan sebaik mungkin. Apa tidaknya, notis yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya pada 5 Januari 2009 lalu dibatalkan serta-merta tanpa sebarang penjelasan mengenai sebab musabab pembatalannya. Pernyataan yang tertera pada hujung notis pada keesokan harinya hanyalah “Notis Semalam Batal Dan Tunggu Notis Berikutnya”. Seandainya ada di kalangan bakal calon yang terlepas pandang mengenai notis tersebut, pastinya mereka keletihan menunggu proses penamaan calon yang sebenarnya dijalankan, malah mungkin terlepas terus dari sebarang penyertaan.

Apa sudah jadi?


Notis Susulan Yang Menimbulkan Tanda Tanya

Manakala notis yang terbaru pula menyatakan tarikh penamaan calon adalah pada 16 Januari 2009 (Jumaat). Tempoh berkempen bagi calon-calon yang telah disahkan bertanding akan bermula pada malam tersebut sehingga ke pukul 11.59 pm pada 18 Januari 2009. Bermakna, mereka hanya mampu berkempen di mahallah (asrama) sahaja memandangkan proses berkempen akan diadakan pada hari cuti iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Jika sebelum ini calon-calon akan bertemu para pengundi secara mudah dan menyeluruh di kawasan kulliyyah masing-masing, nampaknya pada kali ini mereka terpaksa bekerja keras mencari sasaran pengundi dari bilik ke bilik.

Bagaimana mungkin terjadi?


Pengumuman Terkini: Rahmat Di Sebalik Ujian

Alhamdulillah, pihak pentadbiran universiti telah menetapkan tarikh baru bagi penamaan calon dan Pilihanraya Kampus berikutan krisis bekalan air yang berlarutan di UIAM. Cuti diisytiharkan bermula pada 16 Januari 2009 (Jumaat) sehingga 18 Januari 2009 (Ahad).

19/01/2009: Penamaan Calon
20 – 21/01/2009: Kempen PRK
22/01/2009: Pilihanraya Kampus UIAM

Akhirnya menjadi…






Mudah-mudahan, PRK pada kali ini bakal berlangsung secara adil dan telus serta tidak akan ada mana-mana pihak yang akan dizalimi. Secara peribadinya, saya sendiri amat mengkagumi mereka yang mampu berlaku adil samada kepada kawan mahupun lawan. Orang-orang yang sebegini biasanya disegani oleh segenap lapisan masyarakat. Leadership is action, not position.

"Is then one who walks headlong, with his face grovelling, better guided,- or one who walks evenly on a Straight Way?" (Al-Mulk: 22)


“SELAMAT BERPILIHANRAYA”

No comments:

Post a Comment