“Kebelakangan ni, semakin ramai rakan-rakan yang berhenti mengemaskinikan blog mereka.” Luah saya kepada seorang teman.
Bimbang juga melihat blog mereka yang sudah terlalu lama terbiar tanpa dikemaskini, tidak seperti di awal waktu pembinaannya dahulu.
Ada juga yang mengambil keputusan dengan memansuhkan terus blog peribadi mereka. Namun, saya tidak menolak kemungkinan pemansuhan tersebut dilakukan dengan bertujuan untuk menjaga hal-hal tertentu.
“Sibuk agaknya.” Jawab teman saya.
“Entahlah, mungkin lepas balik ke rumah nanti, Kak Zatil pun akan kurang update blog. Mungkin berbulan-bulan lamanya. Dekat rumah tak ada connection, tak boleh online.” Saya mengagak.
Mungkin juga cabaran untuk saya mengemaskini blog, timbul apabila berada di alam membina keluarga ataupun kerjaya nanti. Saya masih belum berada di fasa kehidupan yang sama dengan mereka. Jadi, tidak pasti pula jika saya pun bakal mengikut jejak langkah yang sama.
“Kalau kes yang macam itu, tidak mengapa. Tapi ini kalau memang tak mahu menulis langsung.” Dia membalas.
Kami mula menetapkan perancangan, “Kita akan terus update blog kita.”
“Biarpun sekadar sekeping gambar.” Sambung saya.
Saya bukanlah seorang yang gemar menulis mahupun membaca pada permulaannya. Malah, saya mengambil masa yang agak lama untuk berfikir tentang keperluan membina sebuah blog peribadi. Pada waktu itu, banyak perkara yang saya pertimbangkan. Antaranya, bahan penulisan, bentuk pengisian yang sesuai, teknik penulisan, sumber yang banyak dan boleh dipercayai serta peruntukan masa untuk menulis dan mengkaji.
Akhirnya, blog ini tercipta dengan satu matlamat, iaitu untuk PERKONGSIAN (bukannya untuk dikemaskini setiap waktu).
Halangan Dalam Mengemaskini Blog
Sebenarnya, saya sendiri merasa kurang yakin dengan keupayaan diri dalam menjamin kelangsungan blog ini. Pelbagai bisikan pesimis yang terdetik di hati. Namun, keinginan yang kuat telah memadamkan bisikan-bisikan tersebut.
Selain daripada faktor risau akan kekeringan idea untuk menulis, saya juga bimbangkan penerimaan pembaca terhadap artikel-artikel saya. Mana mungkin pembaca akan tertarik dengan penulisan yang sebegini biasa sedangkan terdapat pelbagai himpunan penulis yang lebih berpengalaman di dunia maya.

Apatah lagi dengan kehadiran pelbagai aplikasi baru yang semakin menjadi pilihan ramai seumpama Facebook, Flixster dan MySpace. Pastinya ia bakal menjadi pesaing terbesar dalam menarik perhatian pengguna-pengguna internet. Tidak mustahil semakin lama, semakin kurang pengguna yang mengunjungi blog.
Namun, saya semakin berminat untuk menulis di blog setelah terjumpa dengan hasil penulisan saya di beberapa buah blog yang tidak saya kenali siapa pemiliknya. Mereka merupakan silent readers yang pernah menziarahi blog saya. Tanpa menyapa di ruangan chat box mahupun memberikan sebarang respon di ruangan komentar, mereka mempamerkan artikel-artikel saya dengan menyatakan sumbernya dan saya amat menghargai usaha tersebut.
Tulislah, Pasti Ada Yang Membacanya
Percayalah, akan ada seseorang yang membaca penulisan kita. Meskipun bukan sekarang, namun pada suatu ketika nanti, insyaAllah.
Saya sendiri sentiasa memperuntukkan masa untuk mengunjungi blog milik rakan-rakan yang dikenali. Bahkan, saya juga turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil faedah dari blog-blog mereka yang tidak kenali.
Blog rakan-rakan terdekat dikunjungi bagi mengetahui perkembangan terkini tentang diri mereka. Manakala, blog yang lain dijadikan sebagai tempat untuk mencari ilham buat diri sendiri.
Artikel di blog-blog tersebut, ada yang sudahpun berusia di antara dua hingga sepuluh tahun lamanya. Namun, isi kandungannya sangat menarik. Walaupun sudah bertahun-tahun dihasilkan, maklumat tersebut masih lagi relevan untuk digunakan kembali.
Perkara Utama Dalam Menulis
Sebahagian daripada pengunjung blog saya merupakan mereka yang mencari subjek-subjek tertentu melalui enjin carian Yahoo dan Google. Saya menjejaki mereka dengan menggunakan kemudahan software StatCounter untuk memerhatikan taburan pengunjung. Dalam sehari, terdapat sekurang-kurangnya 20 orang pengunjung.
Namun, saya tidak meletakkan kehadiran pengunjung sebagai satu perkara utama dalam meneruskan penulisan di blog.
Bagi saya, menulis merupakan satu bonus kerana ia mampu mendorong saya membaca dan mengetahui perkara-perkara yang dianggap baru. Melalui pembacaan, saya telah menambah bonus ilmu dalam setiap artikel yang ditulis. Aktiviti menulis juga dapat memperkemaskan lagi kualiti penulisan.
Apa yang lebih penting, menulislah kerana Allah s.w.t.
Setelah mewujudkan blog sendiri, pelbagai pengalaman bermakna yang dilalui sepanjang proses memahirkan diri dengan pembacaan dan penulisan. Tidak kurang juga, pengetahuan dan percambahan idea-idea baru yang diperolehi hasil daripada perkongsian dengan bermacam-macam jenis penulisan blog.
Terasa bermanfaatnya memiliki blog.
Assalamualaikum. Ana setuju dengan ayat ni:
ReplyDelete"Akhirnya, blog ini tercipta dengan satu matlamat, iaitu untuk PERKONGSIAN (bukannya untuk dikemaskini setiap waktu)."
Jangan jadikan blog satu lagi beban dalam hidup. Pada ana, tulislah untuk diri sendiri. Walaupun bahasa seperti sedang berkongsi dengan orang lain, hakikatnya tulislah untuk manfaat diri.
Pada ana, ana menulis untuk:
1. mengajar diri sendiri dengan mengarkib ilmu, pengalaman, buah fikiran sebagai rujukan dan peringatan masa depan.
2. Berkongsi ilmu dan pengalaman yang boleh dijadikan iktibar, Tuhan akan tambahkan 'hikmah' atas ilmu kita yang sedia ada.
Ana tak mengharapkan apa2 hits (lawatan pengujung) sebab tulis untuk diri sendiri. Kalau ada orang dapat manfaat, itu bonus untuk dia.
Kalau kita mengharapkan hits, kita akan kecewa sebab motif penulisan datangnya dari LUAR KE DALAM. Bukannya lahir secara original i.e. DALAM KE LUAR.
Nasihat ana, teruskanlah usaha menulis. Tulislah untuk diri sendiri, insyaAllah kita tak bosan.
Wallahu a'lam.
InsyaAllah.
ReplyDeletePenulisan di blog ni juga ana jadikan sebagai peringatan dan motivasi untuk diri.
Semoga ada manfaatnya untuk diri sendiri dan juga orang lain.