Setiap orang mempunyai sebab yang tersendiri tentang persoalan mengapa mereka membaca. Jika soal minat yang dibicarakan, maka mereka yang sentiasa sibuk pun pasti akan meluangkan masa untuk menghabiskan pembacaan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Fasa 'Curiosity'
Pada mulanya, saya bukanlah tergolong di kalangan mereka yang suka membaca Saya mendekati bahan bacaan atas dorongan rasa ingin tahu tentang sesuatu perkara ataupun isu. Rasa ingin tahulah yang membuatkan saya rasa tidak tenang sekiranya tidak bertemu jawapannya secepat mungkin.
Oleh sebab itu, saya akan berusaha mendapatkan apa-apa sahaja bahan bacaan yang dirasakan mengandungi isi kandungan yang boleh membantu melengkapkan proses kefahaman saya seumpama buku, surat khabar, majalah, jurnal dan internet.
Lama-kelamaan, rasa ingin tahu telah mendahului rasa malas.
Fasa 'Competition'
Kemudian, saya terpengaruh dengan rakan-rakan yang suka berdebat. Setiap pandangan yang mereka kemukakan kebiasaannya berjaya mematahkan hujah-hujah saya. Acapkali juga saya terdiam selepas mendengar kata-kata mereka. Keadaan inilah yang membuatkan saya rasa tercabar dan terasa jauh ketinggalan kerana tidak cukup mengumpulkan fakta.
Setelah diperhatikan, ternyata mereka mengamalkan tabiat suka membaca. Saya meneliti setiap bahan bacaan mereka sebelum mengunjungi beberapa kedai buku untuk mendapatkannya.
Lama-kelamaan, saya semakin khusyuk mendampingi buku-buku yang pelbagai jenis.
Fasa 'Establishment'
Saya masih lagi berada dalam fasa ingin memperbaiki mutu kehidupan. Pembacaan diamalkan untuk mempertingkatkan lagi potensi dalam diri. Tidak ada rasa bosan dalam mendampingi buku-buku kerana banyak perkara yang telah saya pelajari.
Terdapat beribu-ribu jenis buku di pasaran yang memasarkan penulisan yang bercorakkan motivasi, keagamaan, kewangan, kepimpinan, politik, sejarah dan ketamadunan serta perundangan. Kita cuma perlu memulakan langkah dengan mencari sahaja.
“Beruntunglah orang yang menyibukkan diri dengan mengetahui dan memperbaiki aib-aib nya sendiri.” - Hadith Hasan
Hasil dari pembacaan banyak mengubah persepsi saya terhadap beberapa perkara.
Jangan Lepaskan Peluang
Sedang menjalankan survey ke atas beberapa buah buku yang baru diterbitkan. Saya mengutamakan review daripada penulisnya sendiri.
Well done k.zatyl!! keep reading=)
ReplyDeleteThank you.. Zaiti, jom ke Pesta buku Antarabangsa 2010
ReplyDelete