Thursday, July 30, 2009

Sukarnya Menahan Marah



Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)



Dalam dua tiga hari ini sahaja sudah beberapa kali hati saya terbakar.

Saya marahkan perkara-perkara kecil yang mana saya sendiri merasa bagaikan tidak logik untuk menghamburkan rasa marah terhadapnya.

Kehilangan pendrive.

Masalah network connection.

Masa menunggu yang lama.

Spontaneous presentation.

A'uudzu billah mina syaithaanir rojiim...

“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk” (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yang marak menyala di dalam hati anak adam” (Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)


Mungkin kerana saya telah berazam dengan bersungguh-sungguh untuk belajar mengawal kemarahan, maka Allah menguji dengan perkara-perkara yang melibatkan emosi. Pantang terusik, mudah melenting. Saya akui, menahan marah itu lebih sukar dari mengenggam bara api. Tersangat sulit untuk bersabar. Semakin bersabar, semakin banyak pula dugaan yang datang.

Pada hari ini juga, kita melihat kebanyakan manusia yang berada di sekeliling kita memang cepat marah. Buktinya, jika kita perhatikan berita-berita di akhbar, kebanyakannya memaparkan kes jenayah buli, dera, pukul kawan, pukul guru, pukul mak ayah sehinggakan kes bunuh... Semua ini menggambarkan memang manusia hari ini cepat marah. Asal silap sikit saja dah mula merah telinga, tersilap cakap sikit macam-macam sumpah seranah yang sampai ke telinga kita.

Kenapakah manusia pada hari ini cepat marah?

Mungkinkah kerana disebabkan oleh TEKANAN...

3 comments:

  1. marah adalah api syaitan.....
    semoga kita sabar hadapi dugaan.

    marah ada bahyak katogori:
    cepat marah cepat sejuk
    lambat marah cepat sejuk
    cepat marah lambat sejuk
    lambat marah lambat sejuk......(bertahun-tahun marah lagi)

    Moga kita lamat marah dan cepat sejuk......
    terutama kepada anak isteri

    ReplyDelete
  2. Kemarahan yang kecil mampu bertukar menjadi dendam kesumat...

    Ini memang bahaya

    ReplyDelete
  3. salam zatil. Marah adalah api. Justeru, nak padam api, siramlah air. Justeru, air itu .. kita kaji akhlaknya Sayyidina Muawiyyah. Kerana beliau terkenal dengan sifat hilm, menahan marah. Yang tidak ada pada sahabat yang lainnya, meski sebesar Sayyidina Ali.

    ReplyDelete