Tuesday, March 10, 2009

Murabbi Sepanjang Zaman




SMS 1
"Dari Ibnu Mas'ud r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku (HR At-Tirmizi). Selamat Menyambut Maulidur Rasul".

SMS 2
"5 wasiat dari Allah

Dari Nabi s.a.w., pada waktu malam aku diisra'kan sampai ke langit, Allah tolong memberikan 5 wasiat, antaranya:

- Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia, sesungguhnya Aku tidak jadikan dunia ini untuk engkau

- Jadikan cintamu kepadaku sebab tempat kembalimu adalah kepadaku

- Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga

- Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tiada kuasa di tangan mereka

- Rajinlah bersembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiamullail.

Salam maulidurRasul..."

SMS 3
"Pesan Imam Ghazali: Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!. Selamat menyambut maulidur rasul yang tercinta."


SMS 4
"Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda s.a.w... Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah, bila ditanyakan oleh saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah, 'Bukankah kami ini ikhwanmu?' Rasulullah menjawab, 'Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. Ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku.. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka..'
KITAKAH IKHWAN ITU???
Muhasabahlah andai kalian tidak pernah menitis walau setitik air mata kerinduan dan kecintaan pada Baginda..
Salam Muhasabah Bersama Salam Maulid Rasul"


SMS 5
"Teruskanlah perjuangan Rasulullah s.a.w. bermula dengan Baiah Syahadatain.
Selamat menyambut maulidur rasul 1430 hijrah."


SMS dari rakan-rakan, saya perhatikan satu persatu. Ada getaran kerinduan ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

Muhammad bin Abdullah...

Nama yang menggambarkan keagungan pemiliknya.

Bukan calang-calang orangnya.

Qudwah yang terbaik, kekal sepanjang zaman.

Pemimpin yang mampu menjadi sumber inspirasi kepada orang lain.

Orang yang bangkit menghembuskan kekuatan di saat bangsa Arab berada di dalam kelemahan.

Karismatik, berpenampilan hebat dan berketrampilan, semangat dan kejiwaan agung, semuanya bergabung dalam keperibadian Baginda.


Kecintaan Seorang Bilal

Bilal yang selalu azan semasa hidup Rasulullah tidak mahu mengalunkan azan lagi setelah wafatnya Rasulullah kerana Bilal tidak sanggup untuk mengucapkan "Asyhadu anna Muhammad Rasulullah". Kerana ada perkataan Muhammad di situ. Tetapi atas desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara azan Bilal dan mengingatkan beliau akan ayahandanya. Bilal akhirnya dengan berat hati mengalunkan azan. Pada waktu Subuh itu, ketika sampai pada kalimat "Asyhadu anna Muhammad Rasulullah", Bilal tidak sanggup meneruskan azannya lagi. Dia berhenti dan menangis teresak-esak lalu turun dari mimbar dan meminta izin kepada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca azan kerana tidak sanggup untuk menghabiskannya sehingga ke akhir kalimah. Ketika Bilal berhenti dari azan tersebut, saat itu, seluruh Madinah bergoncang kerana tangisan kerinduan akan Rasulullah Saw.

Mengapa Rasulullah dirindui atau dicintai? Hal ini terjadi bukanlah hanya kerana Allah SWT membuka hati mereka untuk merasa rindu, tetapi kerana keindahan akhlak Rasulullah yang menarik kecintaan mereka. Dan akhlak itu adalah Sunnah. Sekiranya kita mencontoh akhlak beliau ini, tidak mustahil kita juga akan dicintai oleh ramai manusia.

No comments:

Post a Comment